Aset ‘Raja Dadah Malaysia’ Dianggar Bernilai Kira-kira RM190 Juta

aset raja dadah

Aset ‘Raja Dadah Malaysia’ Dianggar Bernilai Kira-kira RM190 Juta

KANGAR, 15 Jan (Bernama) — Nilai aset kepada seorang lelaki didakwa sebagai ‘raja dadah Malaysia’ berusia 41 tahun yang ditahan di Laos baru-baru ini dianggarkan kira-kira RM190 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata lelaki berasal dari Perak itu pernah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316) dan nilai aset itu berdasarkan sitaan peringkat awal semasa penahanannya itu sebelum ini.

“…nilai (aset) tak silap saya masa kita (polis) buat sitaan itu dalam (anggaran) RM190 juta, yang kita sita pada peringkat awal, sebahagian kita lucut hak dan sebahagian lagi kita pulangkan semula,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim.

Pada 8 Jan lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan sebagai berkata lelaki yang berkahwin dengan wanita Thailand itu akan menghadapi pertuduhan di Thailand.

Media sebelum ini melaporkan suspek yang dikehendaki polis Thailand itu ditahan dalam operasi bersama Thai-Laos pada 29 Dis lepas.

Dalam perkembangan lain, polis turut merampas 528 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine bernilai RM19 juta yang ditemukan di dalam kawasan Hutan Simpan Persekutuan di Padang Besar pada 10 Jan lepas, disifatkan sebagai rampasan dadah terbesar di Perlis setakat ini.

Sumber: BERNAMA

The post Aset ‘Raja Dadah Malaysia’ Dianggar Bernilai Kira-kira RM190 Juta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*