Asnaf Disaran Kemaskini Maklumat Penyambungan Sewa Rumah

Maklumat Penyambungan Sewa Rumah

SHAH ALAM, 20 Oktober 2023 – Penerima bantuan sewa rumah Lembaga Zakat Selangor (LZS)  yang menerima sistem pesanan ringkas (SMS) dari LZS disarankan untuk segera mengemas kini  maklumat penyewaan secara dalam talian, bagi membolehkan penyambungan bantuan tersebut  pada tahun 2024 sebelum tarikh 18 November ini.  

Penyambungan bantuan sewa rumah itu melibatkan lebih 17 ribu asnaf fakir, miskin dan mualaf berdaftar dengan LZS di Selangor. 

Asnaf yang terlibat akan menerima satu pautan melalui SMS dan perlu mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan bagi mengemas kini maklumat pemilik rumah sewa, kadar sewaan semasa dan  kaedah pembayaran sewaan.  

Sebagai panduan, asnaf boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di portal rasmi melalui pautan  https://sewa2024.carrd.co/ bagi mendapatkan maklumat lanjut. 

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan, boleh menghubungi Talian Zakat Selangor  1300-88-4343, atau mengunjungi mana-mana cawangan LZS berhampiran atau mengemukakan  maklum balas di portal rasmi LZS di maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

The post Asnaf Disaran Kemaskini Maklumat Penyambungan Sewa Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*