Astro Bagi Akses Percuma 6 Saluran Buat Semua Pelanggan, Termasuk HBO & Saluran Baharu

Bila kita cakap tentang hiburan, memang tidak dinafikan ianya ada dalam kehidupan seharian kita. Hiburan ni diperlukan sebagai satu bentuk terapi diri untuk menghilangkan kepenatan atau stres yang kita hadapi.

Bila sebut je tentang hiburan, ada banyak pilihan yang boleh korang pilih, dan salah satunya adalah dengan lepak di depan TV sambil menonton pelbagai rancangan best seperti K-Drama dan filem-filem Hollywood.

Nak lagi menarik, semua rancangan tersebut korang boleh nikmati secara PERCUMA! Tapi, terfikir jugak kan. Macam mana tu?

Cakap tentang menonton depan TV, siapa yang tidak kenal dengan ASTRO, betul tak? Jenama tersebut memang sudah sangat sinonim dengan masyarakat kita dekat Malaysia ni.

Kalau korang nak tahu, ASTRO telah menyediakan satu ‘buah tangan’ special khas untuk para pelanggannya.

Apa buah tangan yang diorang nak bagi tu? Untuk maklumat, korang boleh nikmati saluran terbaru mereka secara PERCUMA iaitu “HITS NOW (Saluran 702)” hingga 31 Mac 2024. Apa yang best, saluran ini menyiarkan pelbagai rancangan popular, gameshow yang menarik dan macam-macam lagi seperti America’s Got Talent: Fantasy Team, American Idol dan Celebrity Family Feud.

Bukan itu je, lebih menarik lagi saluran HITS NOW turut siarkan secara LIVE Anugerah EMMY Primetime ke-75 pada 16 Januari 2024 khas untuk korang!

Hiburan

Selain “HITS NOW”, korang juga akan dapat akses percuma kepada LIMA saluran tambahan hingga 31 Januari 2024 iaitu HBO Hits, HBO Family, Showcase, K-Plus dan Moonbug.

  • HBO Hits (Saluran 415): Saluran ini menayangkan filem-filem hits blockbuster terutamanya dari Hollywood sehingga 24 jam. Korang peminat filem boleh ‘layan’ filem-filem seperti Moonfall dan The Lost City untuk merasai keseronokan sinematik yang disediakan.

Hiburan

  • HBO Family (Saluran 414): Saluran HBO Family menawarkan suasana tontonan yang menarik dan lebih mesra keluarga. Saluran ini memberi fokus kepada korang yang ingin meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Antara filem yang ditayangkan seperti The Lego Movie 2 dan Bee Movie.

Hiburan

  • Showcase (Saluran 413): Saluran Showcase menggabungkan kandungan-kandungan  kegemaran semasa dan disesuaikan untuk para penonton Malaysia. Sempena Tahun Baharu ini, korang boleh menonton pelbagai filem dengan konten istimewa, blockbuster dan kegemaran seisi keluarga seperti Dolittle, Jurassic World dan Jurassic World: Fallen Kingdom.

Hiburan

  • K-Plus (Saluran 396): Saluran ini menawarkan pelbagai hiburan dari Korea Selatan yang menampilkan siri drama eksklusif, variasi rancangan realiti, filem dan program ‘lifestyle’. Korang boleh terokai kandungan terbaik seperti Between Him and Her dan Perfect Marriage Revenge yang sesuai untuk seisi keluarga.
  • Moonbug (Saluran 618): Saluran menarik yang disesuaikan untuk kanak-kanak prasekolah dengan kandungan-kandungan popular seperti Blippi dan CoComelon.

Hiburan

ASTRO Perkenal Kempen“Masa Bersama Merapatkan Kita,”

Bersempena dengan Tahun Baru ini, ASTRO turut melancarkan kempen terbaharu mereka iaitu “Masa Bersama Merapatkan Kita”.

Untuk maklumat korang, ia merupakan usaha ASTRO untuk menggalakkan para pelanggan meluangkan masa yang amat bermakna bersama keluarga. Menariknya, ASTRO menjadikan kempen ini dalam satu bentuk video bagi memaparkan maksud sebenar perhubungan bersama orang tersayang.

Nampak tak? Dengan hanya di rumah sahaja korang dah boleh nikmati detik-detik indah bersama keluarga tersayang.

Lebih menarik lagi, korang yang berminat dan baru nak langgan ASTRO boleh pilih pelbagai pakej yang disediakan dengan potongan 30% bermula daripada hanya RM41.99* sebulan.

Bestnya! Kepada korang yang masih lagi tengah tercari-cari hiburan apa yang boleh korang nikmati dekat rumah, inilah peluang yang perlu rebut secepat mungkin. Bukan selalu ASTRO buat tawaran ‘rare’ macam ni.

Nak tahu lebih lanjut, korang boleh layari www.astro.com.my.

*tertakluk kepada terma dan syarat.

The post Astro Bagi Akses Percuma 6 Saluran Buat Semua Pelanggan, Termasuk HBO & Saluran Baharu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*