Lionel Messi Diramal Bakal Memenangi Ballon d’Or

Lionel Messi Ballon d'Or

Lionel Messi Diramal Bakal Memenangi Ballon d’Or

Lionel Messi dilaporkan bakal dinobatkan sebagai pemenang anugerah berprestij Ballon d’Or sekali lagi pada tahun ini, lapor Caught Off Side.

Pemain Argentina itu diramalkan memenangi gelaran itu selepas berjaya membantu negaranya untuk menjulang Piala Dunia di Qatar tahun lepas.

Bagaimanapun, peminat turut menjangkakan bahawa penyerang Manchester City, Erling Haaland berpotensi untuk meraih kemenangan tersebut.

Menurut Sport, laporan tidak rasmi mendedahkan bahawa anugerah itu akan diberikan kepada Messi selepas memenangi Piala Dunia tahun lalu.

Sebelum ini, pemain Luka Modric memenangi anugerah itu pada 2018 selepas berjaya membantu Croatia masuk ke perlawanan akhir piala dunia.

Manakala seorang lagi pemain iaitu Fabio Cannavaro memenangi anugerah itu pada 2006 selepas Itali menjulang Piala Dunia pada tahun tersebut.

Namun prestasi Messi di peringkat kelab pada masa ini masih belum berada pada tahap yang membanggakan.

Prestasi pemain berusia 36 tahun itu kelihatan agak tidak memberangsangkan berbanding ketika dia bermain di Paris Saint-Germain sebelum ini.

Messi Menang Ahli Sukan Terbaik Laureus 2023

Terdahulu, Lionel Messi dinobatkan sebagai Ahli Sukan Terbaik Dunia pada Anugerah Sukan Dunia Laureus, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Pencipta sejarah! Lionel Messi merupakan atlet pertama memenangi Anugerah Ahli Sukan Terbaik Dunia Laureus dan Anugerah Pasukan Terbaik Dunia Laureus pada tahun yang sama,” ciap Laureus.

Messi membimbing Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia 2022 dengan menewaskan juara 2018 Perancis 4-2 menerusi penentuan penalti di Qatar.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Anugerah Pasukan Terbaik Dunia diberikan kepada pasukan kebangsaan Argentina.

Pemain tengah Manchester United,  Christian Eriksen pula memenangi Anugerah Kemunculan Semula Dunia Terbaik.

Eriksen, 31, diserang sakit jantung tahun lalu semasa perlawanan EURO 2020 di Stadium Parken Copenhagen.

Sumber: Caught Off Side

The post Lionel Messi Diramal Bakal Memenangi Ballon d’Or appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*