Ini Rumah Mampu Milik, Jiran Tak Banyak Bunyi & Tak Perlu “Submit Loan”

rumah tak perlu submit loan

Ini Rumah Mampu Milik, Jiran Tak Banyak Bunyi & Tak Perlu “Submit Loan”

Sudah menjadi lumrah buat manusia untuk mencari rumah yang selesa dan luas untuk didiami selain mendapatkannya dengan harga yang berpatutan.

Boleh dikatakan rumah adalah tempat yang agak istimewa kerana kediaman tersebut menjadi saksi pancaroba kehidupan.

Oleh itu, penting untuk mencari kediaman yang dekat dengan jiwa misalnya seperti yang dikongsikan oleh individu yang mendakwa rumah yang dipromosikan itu tidak memerlukan pinjaman dari pihak bank untuk membelinya.

Tular di media sosial, satu video yang memaparkan seorang lelaki menerusi akaun @masjidbspofficial yang meniru perilaku pempengaruh Internet, Boss James mempromosikan rumah yang bakal menjadi tempat hakiki oleh masyarakat Islam.

Rumah untuk semua, tidak kira status

Menariknya, promosi tersebut dilakukan dalam gaya yang santai dan nada yang seakan-akan mirip dengan Boss James meskipun rumah tersebut bukanlah kediaman biasa yang kita diami.

Jelasnya, rumah tersebut adalah sesuai untuk masyarakat dari pelbagai usia dan juga status kedudukan di dunia.

Menjelaskan lagi dengan lebih lanjut,  ia dibuat 100 peratus daripada tanah dan mempunyai tiga kaki lebar dan tujuh kaki panjang, muat untuk menanam seseorang.

Gambar: @masjidbspofficial/TikTok

“Rumah terakhir untuk semua orang tidak kira yang tua atau yang muda, yang miskin atau yang kaya.

“Perumahan yang tenang bersama jiran-jiran yang tidak banyak bunyi. Ini dia, liang lahad tanah perkuburan.

“Rumah mampu milik, tak perlu hantar pinjaman (loan), tiga kaki lebar tujuh kaki panjang dan bahan binaan 100 peratus daripada tanah,” katanya sambil menunjukkan keadaan ‘rumah’ tersebut.

Seperti rumah yang lain, rumah ini turut disediakan dalam keadaan kosong tanpa pintu pagar, pemanas air dan lain-lain.

Ruang yang disediakan cukup-cukup untuk diri dan selebihnya amalan yang dibuat semasa hidup di dunia.

“Lantai tiada jubin, kabinet dapur, pintu pagar kereta, pemanas air itu semua juga tiada.

“Tambahan tanah tepi hanya untuk mereka yang beramal soleh. Untuk orang yang malas sembahyang, keluarlah bunyi menjerit,” katanya.

BACA: Undang-undang Texas: Pemandu Mabuk Yang Bunuh Ibu Bapa Perlu Tanggung Anak Mangsa

Lelaki itu sempat bergurau senda sambil bertanya kepada rakannya bila dia mahu pindah ke rumah tersebut.

Rakannya menjawab dia akan pindah bila-bila masa sahaja dan perlu mempersiapkan diri apabila dipanggil untuk tinggal di situ.

“Bos bila mahu pindah sini?” tanya lelaki itu.

Aiya tidak tahu, bila-bila masa sahaja kita semua kena bersiap sedia,” jawab rakannya.

Jadi sudahkan anda bersedia untuk berpindah ke rumah ini? Sama-samalah kita muhasabah diri sebelum pergi tak akan kembali.

Video tersebut meraih perhatian ramai susulan promosi yang dibuat agak berlainan sehingga warga maya tidak tahu untuk mempamerkan reaksi kerana bagi mereka ia lebih seram daripada menonton paranormal.

@masjidbspofficial

Replying to @marmarr888 Persiapkan amalan kebaikan sebanyaknya sementara masih belum dijemput berpindah ke sini. Jom Daftar ahli Khairat kematian sebagai persediaan awal. #rumah #kubur #lianglahat #bossjames #review #fyp #masjidbandarseriputra #bandarseriputra #bangi #kajang

♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra – Masjid Bandar Seri Putra

Sumber: @masjidbspofficial/TikTok

The post Ini Rumah Mampu Milik, Jiran Tak Banyak Bunyi & Tak Perlu “Submit Loan” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*