Asyik Isi Yang Sama, SPA Dedah Banyak Jawatan Kosong “Rare” Dalam SPA9 Ramai Tak Tahu

spa9 jawatan rare

Asyik Isi Yang Sama, SPA Dedah Banyak Jawatan Kosong “Rare” Dalam SPA9 Ramai Tak Tahu

Sistem SPA9 atau Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia merupakan satu sistem yang digunakan untuk memohon pekerjaan sebagai penjawat awam.

Dalam sistem ini, banyak jawatan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia merangkumi pelbagai peringkat kelayakan akademik dan bidang pengajian.

Untuk makluman, jawatan-jawatan yang ditawarkan tidak boleh didapati dalam laman web mahupun aplikasi untuk mencari pekerja.

Bukan itu sahaja, jawatan penjawat awam jarang disiarkan secara terus melalui media sosial melainkan jawatan secara kontrak.

Sungguhpun begitu, masih ramai yang tidak mengetahui banyak jawatan-jawatan yang bersifat ‘rare’ dalam sistem SPA9 ini.

Rata-rata, pemilihan jawatan dalam sistem berkenaan telah ditentukan dengan pelbagai faktor seperti mengikut pilihan rakan-rakan, saranan daripada ibu bapa dan lain-lain.

Oleh sebab itu, kebanyakan pemohon tidak pernah mengetahui beberapa jawatan yang ‘rare’ dan boleh dimohon dalam sistem SPA9.

Sebagai contoh, SPA9 menawarkan jawatan Pegawai Sains Metalurgi yang boleh dimohon graduan-graduan dari bidang sains.

Dalam satu video yang dimuat turun menerusi akaun TikTok rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (spamalaysiaoffcial), SPA memaklumkan bahawa kebanyakan pemohon tidak menelusuri pilihan jawatan secara menyeluruh.

Tidak hairanlah, kebanyakan pemohon cenderung untuk memilih 15 jawatan berdasarkan apa yang pernah didengarinya.

Sebagai contoh jawatan yang popular seperti pegawai kebajikan masyarakat, pegawai penguatkuasa imigresen, bomba dan sebagainya.

Jelas pegawai terbabit, trend tersebut dilihat masih berluasa dalam kalangan pemohon sehingga ke hari ini.

Selain itu, pemohon juga cenderung untuk membuat pilihan jawatan yang tidak bersesuaian dengan bidang dipelajari sewaktu universiti.

Sebagai contoh, seorang yang memiliki kelayakan membuat pilihan jawatan daripada kategori S (Sosial).

Pilihan jawatan yang ‘tidak kena’ pada kelayakan anda akan menyebabkan kebarangkalian anda untuk mendapat tempat berkurangan

“Sebab sekrang ujian psikometrik kita dah ikut skim jawatan.”

Oleh sebab itu, pemohon disarankan untuk memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik masing-masing.

Untuk mengetahui jawatan-jawatan yang ‘rare’ serta ‘keserasian’ anda dengan jawatan tersebut, anda boleh melayari laman web EZSkim.

Menerusi EZSkim, pengguna boleh melihat jawatan yang ditawarkan mengikut jenis skim seperti Kejuruteraan (J), Sosial (S) dan lain-lain.

Dalam sistem ini juga, anda boleh melihat syarat kelayakan bagi setiap jawatan yang ditawarkan dalam sistem SPA9.

@spamalaysiaofficial

Nak isi permohonan SPA9 ke tu? Ha.. sebelum isi, geng SPAOhsem wajib tengok video ni dulu. #suruhanjayaperkhidmatanpendidikan #MalaysiaMadani #SPA9 #Carikerja #everyonecanapply #SPAOpenDay

♬ original sound – SPAMalaysiaOfficial – SPAMalaysiaOfficial

BACA: Fenomena El Nino Dijangka Lebih Ekstrem Susulan Pemanasan Global – Nik Nazmi

Sumber: spamalaysiaofficial via TikTok

The post Asyik Isi Yang Sama, SPA Dedah Banyak Jawatan Kosong “Rare” Dalam SPA9 Ramai Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*