PS5 Kini Hadir Dengan Model Lebih Nipis, Storan 1TB

ps5 lebih nipis

PS5 Kini Hadir Dengan Model Lebih Nipis, Storan 1TB

Selepas tiga tahun berada di pasaran, syarikat elektronik gergasi Jepun, Sony Interactive Entertainment, mengumumkan bakal melancarkan konsol terbaharu Sony PlayStation 5 (PS5) menjelang November nanti, lapor UNILAD.

Perkara itu disahkan oleh syarikat berkenaan dalam laman web rasminya.

Menurut syarikat itu, terdapat beberapa perubahan yang dilakukan oleh Sony dengan versi terbaharu itu. Difahamkan, reka bentuk model PS5 baharu akan lebih nipis.

Permainan itu dijangka memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS) pada November menerusi kedai-kedai terpilih atau menerusi laman web rasminya.

Perubahan Model PS5 Terbaharu

Gambar: Sony

Salah satu perbezaan paling ketara termasuklah pemilik dapat membeli tambahan pemacu cakera dan storan yang jauh lebih besar dan beberapa ciri lain.

Pemacu Cakera Blu-ray Ultra HD

“Jika anda membeli PS5 Edisi Digital, anda boleh menambah Pemacu Cakera Blu-ray Ultra HD pada PS5 anda kemudian. Hal ini kerana pemacu cakera juga dijual secara berasingan,” maklum Sony dalam satu kenyataan.

Storan Lebih Besar

Bagi model terbaharu ini, ruang storan yang dibekalkan adalah jauh lebih besar berbanding model sedia ada iaitu dari 825 GB SSD kepada 1 TB SSD. Perubahan ini dianggap realistik kerana saiz permainan semakin besar.

Berat & isi padu

Isi padu bagi model terbaharu itu pula telah dikurangkan lebih daripada 30 peratus. Manakala berat permainan ini akan jauh lebih ringan iaitu sebanyak 18 peratus hingga 24 peratus berbanding model sedia ada.

BACA JUGA: Tuah Dapat “Straight A”, Cikgu Hadiahkan PS5 Kepada Pelajar

Perubahan ini telah dijangkakan selepas melihat kepada beberapa keluaran model-model terdahulu.

Harga Pelancaran PS5 versi terbaharu Di Setiap Benua

Di Amerika Syarikat, PS5 Edisi Digital dijangka dijual pada tanda harga $449.99 (RM2,123) dan PS5 dengan pemacu cakera Blu-ray Ultra HD pada harga $499.99 (RM2,359).

Di Eropah pula, PS5 Edisi Digital dijual pada tanda harga €449.99 (RM2,255) dan PS5 dengan pemacu cakera Blu-ray Ultra HD berharga €549.99 (RM2,756).

Di United Kingdom (UK), Edisi Digital dijual pada tanda harga £389.99 (RM2,264) dan pemacu cakera Blu-ray Ultra HD berharga £479.99 (RM2,787).

Pelbagai Warna Baharu

Stand holder atau PS5 horizontal stand juga dimaklumkan bakal dijual secara berasingan. Manakala pelbagai warna sarung konsol dijangka tersedia pada hujung tahun ini. Antara warna dijangka dikeluarkan adalah hitam matte, warna merah, biru dan perak.

Tambah Sony, sebaik sahaja stok semasa PS5 habis dijual, model terbaharu itu bakal menjadi satu-satunya yang tersedia di pasaran.  Meskipun model permainan terbaharu itu digelar PS5 Slim, Syarikat Sony masih belum mengumumkan nama untuk model tersebut.

Pun begitu, harga bagi permainan itu dilaporkan tidak berubah termasuk spesifikasi dalaman seperti CPU, GPU dan RAM.

Terdahulu, PlayStation 5 telah dilancarkan oleh Sony pada 2020 dan telah menarik perhatian para peminatnya.

Sumber: UNILAD, Play Station

The post PS5 Kini Hadir Dengan Model Lebih Nipis, Storan 1TB appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*