ATF 2024 Perkukuh Hubungan Bilateral Malaysia & Negara-negara ASEAN

ATF 2024

ATF 2024 Perkukuh Hubungan Bilateral Malaysia & Negara-negara ASEAN

29 Januari 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato Sri  Tiong King Sing telah menghadiri Forum Pelancongan ASEAN (ATF)  2024 pada 24 hingga 27 Januari 2024. Mesyuarat bilateral bersama  perwakilan negara-negara ASEAN iaitu Laos, Kemboja dan Thailand  yang diadakan telah membincangkan langkah-langkah untuk  meningkatkan kerjasama pelancongan serta industri seni dan  budaya. Pemimpin-pemimpin dari tiga (3) negara tersebut diwakili  oleh:  

  • LAOS – Tuan Yang Terutama (TYT) Suanesavanh Vignaket,  Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos.  KEMBOJA – Tuan Yang Terutama (TYT) Sok Soken, Menteri  Pelancongan Kemboja.  
  • Thailand – Tuan Yang Terutama (TYT) Sudawan  Wangsuphakijkosol , Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand. 

Mesyuarat dua hala yang diadakan menekankan pertukaran idea  serta maklumat bagi meningkatkan kerjasama dua hala Malaysia Laos, Malaysia-Kemboja dan Malaysia-Thailand dalam bidang  pelancongan, seni dan kebudayaan.  

Setakat November 2023, Malaysia menerima seramai 15,373  pelancong dari Laos. Ia merupakan peningkatan yang  memberangsangkan berbanding 7,010 pelancong pada 2022,  susulan perjalanan antarabangsa yang mula kembali normal pasca  pandemik COVID-19.  

Menerusi mesyuarat ini, Malaysia mencadangkan untuk  memperbaharui satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang  ditandatangani Malaysia dan Laos pada tahun 1998, bagi  merancakkan lagi industri pelancongan dan kebudayaan kedua dua buah negara pasca pandemik.  

Kerjasama ini dilihat mampu meningkatkan pasaran Malaysia  sebagai destinasi pelancongan pilihan semua, menerusi sokongan  promosi di platform digital serta perkongsian dalam pembangunan  sumber budaya dan warisan yang mampu menjadi tarikan  pelancong. Ini juga secara tidak langsung bakal meningkatkan aliran  pelancong kedua-dua negara.  

Kedatangan pelancong bagi dari negara Kemboja pula meningkat  lebih 27 ribu pelancong setakat November 2023 berbanding 2022,  susulan perjalanan antarabangsa yang kembali normal. 

Dengan Memorandum Persefahaman (MoU) dalam Kerjasama  Pelancongan yang telah ditandatangani pada 2019 bersama  negara Kemboja, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya  (MOTAC) Malaysia akan mengenal pasti dengan lebih lanjut bidang  kerjasama yang boleh ditingkatkan lagi melalui hubungan bilateral  yang lebih erat.  

Selaras Dasar Pelancongan dan Kebudayaan Negara, kami juga  berhasrat untuk melindungi, memelihara dan mempromosikan  warisan budaya Malaysia dan Kemboja. Kerjasama bersama agensi  dan jabatan dari negara tersebut dalam merealisasikan hasrat ini  amat dialu-alukan.  

Manakala hubungan dua hala Malaysia bersama Thailand yang  telah terjalin erat tidak dapat dinafikan dengan pelbagai  usahasama. Antaranya, penubuhan pasukan petugas bersama  khususnya dalam sektor pelancongan. Dengan ini, penambahbaikan  dalam perhubungan udara, pembangunan pakej pelancongan  menarik, kegiatan kempen promosi sedia ada di bawah  Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand bagi (IMT GT)seperti pelancongan pandu kendiri (self-drive tourism), warisan  budaya, eko-pengembaraan dan pelancongan mesra Muslim.  Dalam pada itu, destinasi pelancongan di Phuket, Langkawi dan  kawasan utara Semenanjung Malaysia wajar dipromosikan dengan  lebih giat. Kedua-dua negara harus sepakat dalam memajukan  industri pelancongan secara agresif yang akan membawa  keuntungan bersama untuk jangka pendek dan panjang. 

Kerjasama serta pertukaran pandangan dalam usaha meningkatkan  kelancaran perhubungan udara, memudahkan pergerakan  pelancong, serta membangunkan pakej pelancongan bersama  yang menarik akan terus dipergiatkan bagi kelestarian industri  pelancongan dan kebudayaan kedua-dua buah negara.  

Dengan ini, diharapkan dengan pelbagai usahasama bersama  negara-negara ASEAN, hubungan kerjasama serta kolaborasi akan  terus meningkatkan ekonomi negara masing-masing, di samping  memberi manfaat kepada kesejahteraan serta keharmonian rakyat.  

Negara-negara ASEAN merupakan komuniti yang bersatu padu,  malah kami percaya pertumbuhan pesat dalam industri  pelancongan ASEAN dapat dicapai melalui usahasama. Bukan  sahaja di peringkat kerajaan, tetapi juga penglibatan aktif pemain  industri dan masyarakat bagi memudahkan perkongsian sumber dan  kepakaran.  

Pada waktu yang sama, komunikasi efektif seperti pertukaran dialog  serta dasar peringkat tinggi amat signifikan untuk menentukan  matlamat bersama. Semestinya penggubalan dasar yang sesuai dan  kondusif akan memberi impak kepada industri pelancongan negara. 

Interaksi rentas sempadan yang lebih erat melalui kerjasama dan  perkongsian pengetahuan di kalangan pemain industri pelancongan  dapat menghasilkan produk pelancongan dan pengalaman yang  lebih menarik. Ini secara tidak langsung akan menjadi tarikan pelancong, sejurus menggalakkan pertumbuhan industri  pelancongan di rantau ASEAN. Kami percaya keazaman yang tidak  berbelah bahagi akan membawa industri pelancongan ASEAN ke  satu era kegemilangan baharu. 

The post ATF 2024 Perkukuh Hubungan Bilateral Malaysia & Negara-negara ASEAN appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*