Kapal Karam Di Selat Melaka, 11 Kru Berjaya Diselamatkan

kapal selat melaka 11

Kapal Karam Di Selat Melaka, 11 Kru Berjaya Diselamatkan

JAKARTA, 1 Ogos (Bernama) — Pihak berkuasa Indonesia berjaya mengesan kesemua 11 anak kapal selepas kapal KM Lintang Timur Samudera dilaporkan mengalami masalah sebelum hilang di perairan Selat Melaka.

Ketua agensi penyelamat Pekanbaru, Budi Cahyadi berkata, kesemua anak kapal telah diselamatkan oleh nelayan tempatan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata nelayan itu membawa anak kapal ke Pulau Panipahan, daerah Rokan Hilir di Wilayah Riau kira-kira jam 5 pagi Selasa.

Siasatan menyeluruh akan dilakukan bagi menentukan punca kapal itu karam ketika mereka tiba di Pekanbaru lewat hari ini, katanya.

Kapal yang membawa hasil pertanian itu dalam perjalanan ke Malaysia dari Tanjung Balai Asahan dan dipercayai karam di ‘One Fathom Bank’ di Selat Melaka, selepas mengalami kebocoran akibat dilanda ombak besar pada pagi Isnin.

Agensi itu segera menghantar dua kapal dari Pekanbaru dan Medan ke lokasi terbabit selepas menerima laporan kejadian.

BACA: Rumah 3 Bilik Tidur & 2 Bilik Air, Ada Enam Rekaan Boleh Pilih, Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat

Sumber: Bernama

The post Kapal Karam Di Selat Melaka, 11 Kru Berjaya Diselamatkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*