Ayah Menangis Balik Kerja Anak Sambut Dengan Senyuman, Tak Kisah Kerja 55 Jam Seminggu

lelaki menangis 55 jam berkerja

Ayah Menangis Balik Kerja Anak Sambut Dengan Senyuman, Tak Kisah Kerja 55 Jam Seminggu

Seorang lelaki berkongsi bagaimana dia mendapat sumber kekuatan untuk terus cekal bekerja selama 55 jam seminggu.

Levi Herman, seorang lelaki biasa yang berasal dari Amerika Syarikat membuat perkongsian tersebut menerusi akaun Youtubenya.

Beliau memuat naik sebuah video perkongsian tersebut yang berjudul ‘My little Angle, never fails me‘ pada 1 Disember lepas.

Menerusi video yang berdurasi 2.29 minit, Herman bermula dengan berkongsi kisah kehidupannya yang sangat sibuk.

Kata Herman, dia merupakan seorang pekerja biasa yang menghabiskan masa selama 55 jam seminggu mencari rezeki bagi menyara keluarganya.

Menjelang Krismas akan datang, dia terpaksa bekerja lebih masa untuk menyediakan keperluan menyambut perayaan tersebut.

Ayah menangis balik kerja anak sambut dengan senyuman, hilang penat kerja 55 jam seminggu

Lumrah untuk mereka yang membanting tulang, sudah tentu ada ketikanya terasa penat dan seolah-olah mahu berputus asa.

Namun bagi Herman, perasaan itu hilang apabila setiap hari pulang ke rumah, dia mendapat ‘kejutan’ daripada anak perempuannya.

“Saya berkerja selama 55 jam seminggu dan apabila saya pulang ke rumah, dia (anak perempuan) tidak pernah sama sesekali menghampakan saya.

“Bidadari kecil saya akan menunggu saya dan berada di sana walaupun saya belum lagi menutup ruang garaj,” ujarnya.

Ketika itu, Herman berhenti di tepi jalan terlebih dahulu sebelum terus pulang ke rumah.

Penat lelah seorang bapa terubat dengan kehadiran ‘dia’ yang menanti di depan pintu rumah

Kemudian, Herman merakam detik-detik dia tiba di rumah di mana pintu garaj terbuka dan ada kejutan menantinya.

Sebaik sahaja kereta dipandu masuk ke ruang garaj, kelihatan anak perempuannya menanti di muka pintu dengan senyuman terukir pada wajah.

“Anda nampak tak (merujuk kepada senyuman anaknya)? Itulah sebab mengapa saya tak boleh mengalah.

“Saya tak boleh mengalah sebab ada orang yang sayangkan dan mengambil berat pasal saya,” kata Herman dalam keadaan sebak.

Lensa kamera kemudian merakam kanak-kanak tersebut menyambut Herman di pintu kereta dan memeluknya.

“Ini yang menanti saya setiap kali pulang daripada kerja dan tiba di rumah,” kata Herman sambil bertanya khabar anaknya.

BACA: Bukan Puncak Everest, Rupanya Ini Lokasi Paling Dekat Dengan Angkasa Lepas

Video berkenaan pantas menjadi viral dan menarik perhatian warga maya yang rata-rata tersentuh hati melihat perkongsian Herman itu.

Mereka juga mendoakan semua insan yang bertungkus-lumus mencari rezeki untuk keluarga di luar sana supaya terus cekal setiap hari.

Sumber: Hooked up with Levi via Youtube

The post Ayah Menangis Balik Kerja Anak Sambut Dengan Senyuman, Tak Kisah Kerja 55 Jam Seminggu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*