Umur 2 Tahun Dah Boleh Naik, Ini 3 Kebaikan ‘Push Bike’ Untuk Anak-anak

push bike malaysia

Terjatuh, luka dan berparut. Sudah berkali-kali basikal si kecil terjatuh, namun dia tetap tidak berputus asa. Basikal itu diangkat semula dan ditunggang ke sekian kalinya.

Itulah kesungguhan si anak kecil. Tiada istilah berputus asa bagi mereka terutamanya dalam bermain. Harini jatuh terluka, esok masih lagi nak main permainan yang sama. Begitu juga bila belajar berbasikal. Meski jatuh berpuluh kali, tetap bersungguh untuk imbangkan diri.

Kalau dulu, biasanya kita akan menggunakan roda ketiga bagi mengimbangkan basikal, tapi kini sebenarnya ada inisiatif yang lebih mudah – push bike. Bila menggunakan push bike, anak-anak boleh belajar mengimbangkan badan terlebih dahulu sebelum belajar mengayuh. Jadi, ia tidak membebankan mereka untuk mempelajari dua skil berbeza dalam masa sama.

Bukan basikal lajak, ini 3 kebaikan push bike untuk anak kecil

1. Mudah untuk digunakan

Tak seperti basikal biasa, push bike atau basikal dorong dicipta khas untuk anak-anak kecil. Oleh itu, ia boleh digunakan kanak-kanak seawal dua tahun. Ia tidak mempunyai pedal dan kawalan adalah dengan menggunakan kaki. Ia memberi kanak-kanak peluang untuk fokus kepada teknik mengimbangkan badan selain bebas menggerakkan basikal dengan daya tolakan menggunakan kaki. Jadi, anak-anak akan lebih yakin untuk menunggang.

2. Bina kekuatan fizikal dan koordinasi

Selain itu, basikal jenis ini juga menggalakkan anak-anak menggunakan tangan dan kaki semasa bergerak, sekaligus membantu membina kekuatan mereka. Bukan itu sahaja, ia juga mengasah kecekapan serta koordinasi kanak-kanak ketika mengelak halangan semasa menunggang.

3. Asah keyakinan

Disebabkan ketinggian push-bike yang sepadan dengan saiz anak-anak, ia membuatkan basikal ini lebih mudah dikawal. Kemampuan anak-anak mengendali basikal ini akan membuatkan mereka berasa lebih yakin diri dan positif dengan kemahiran yang baru dipelajari.

Kalau korang nak tahu, push bike ini telah digunakan secara meluas di negara-negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat. Diperkenalkan lebih awal di Jerman, basikal dorong ini kemudiannya menjadi popular di pasaran China dan kini memasuki Malaysia.

Siap ada pertandingan lagi

Kini, sedang berlangsungnya pertandingan push bike antarabangsa anjuran Bike8 Malaysia. Untuk maklumat, syarikat ini pernah menerima anugerah khas oleh Niaga Times atas usaha mereka memperkenalkan penggunaan push bike ini di negara kita.
Bayangkan kanak-kanak comel berlumba menaiki push-bike. Lebih meriah, pertandingan ini mendapat penyertaan dari lebih 12 negara.

Sebelum ini, anak kepada pengasas Bike8 Malaysia telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam satu pertandingan push bike di Jepun. Dengan suhu serendah 1 darjah selsius, Maleeq berjaya mendapat tempat kedua sekaligus mengagumkan rakyat Malaysia dengan kesungguhannya.

Sambil gigil sejuk pun perform

@no4channel

MALEEQ MEMBUKTIKAN DI JAPAN – KESEJUKAN 1 DARJAH CELCIUS (°C) #runbikejapan #m8malaysia #pushbike #runbike #fypシ #fyp #viral #malaysia #bike8malaysia #trending #trendingnow

♬ original sound – NO.4 CHANNEL – NO.4 CHANNEL

Untuk anda yang berminat untuk mendapatkan push bike atau basikal dorong ini, boleh lawati Facebook rasmi BIKE8 Malaysia, laman web atau hubungi talian 013 930 0024 untuk maklumat lanjut.

The post Umur 2 Tahun Dah Boleh Naik, Ini 3 Kebaikan ‘Push Bike’ Untuk Anak-anak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*