“Ayah Rasa Macam Dah Mati”, Anak Dedah Saat Getir Kereta Ayah Dirempuh Dari Depan

kereta dirempuh dari arah depan mini cooper kuning

“Ayah Rasa Macam Dah Mati”, Anak Dedah Saat Getir Kereta Ayah Dirempuh Dari Depan

Seorang lelaki mengalami detik cemas apabila kereta miliknya telah dirempuh dari arah depan pada 11.21 pagi, 1 April lalu.

Menurut Ain Zaabar (@ainzaabar), ayahnya berdepan ngeri dirempuh kereta dari arah berlawanan ketika berhenti di sebuah persimpangan jalan.

“Ayah rasa macam dah mati” kata bapanya kepada Ain ketika mengimbau saat-saat cemas tersebut. Menurut Ain, dia kehilangan kata-kata dan tidak dapat memberikan sebarang respon akibat terkejut apabila diberitahu tentang kejadian itu.

Ujar Ain, dia bersama keluarganya sedang berbual seperti biasa menerusi aplikasi chat sebelum menerima perkhabaran yang tidak diingini itu.

Sebaik mendapat berita tersebut, dia terus bersiap dan bergegas pulang ke kampung halamannya yang terletak di Johor.

Dia dalam pada itu meminta adik-beradik yang berada di kampung untuk segera membawa ayah mereka ke hospital bagi menerima rawatan dan membuat laporan polis.

Ketika di balai polis,  semua seakan tidak percaya dengan cerita yang disampaikan oleh ayah Ain. Mujurlah, ada rakaman kamera dashcam yang dapat dijadikan bukti.

Menerusi rakaman berkenaan, kereta ayah mereka dirempuh oleh sebuah kenderaan jenis Mini Cooper dipercayai berasal dari negara jiran.

Mujurlah, pemandu kereta berkenaan mengaku bersalah dan bersedia untuk bertanggungjawab. Pemandu itu juga mengaku dia terleka kerana sedang menggunakan aplikasi penunjuk arah ketika kejadian tersebut berlaku.

Dalam pada itu, Ain berkata ayahnya merupakan seorang pemandu yang berhemah dan ini merupakan kali pertama terlibat dalam kemalangan. Sebelum ini, ayahnya pernah mengendalikan pelbagai jenis kenderaan seperti lori, bas dan kereta sewa.

Urusan insurans menjadi semakin sukar

Disebabkan kemalangan tersebut melibatkan warganegara asing, maka urusan tuntuan insurans memakan masa lebih lama dari kebiasaan.

Selain itu, kereta sewa yang digunakan bapa Ain mengalami kerosakan yang agak teruk dan kos pembaikan yang agak tinggi.

Pada akhir ciapannya, Ain meminta orang ramai untuk mendoakan agar proses tuntutan insurans dapat dipermudahkan.

“Sekarang, Ain nak mohon doa semua minta dipermudahkan urusan claim ini and dapat dipercepatkan. Senang sikit hati ayah Ain nanti.  Ain dahulukan dengan terima kasih untuk yang sudi mendoakan,” katanya.

BACA: Tinggi Sangat, Waktu Berbuka Puasa Burj Khalifa Berbeza-beza

Sumber: @ainzabar via Twitter

The post “Ayah Rasa Macam Dah Mati”, Anak Dedah Saat Getir Kereta Ayah Dirempuh Dari Depan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*