Bagi Burung Makan, Ketahui Ritual Unik Pengebumian Diamalkan Masyarakat Tibet

Ritual pengebumian masyarakat Tibet

Bagi Burung Makan, Ketahui Ritual Unik Pengebumian Diamalkan Masyarakat Tibet

Setiap masyarakat atau etnik di atas muka bumi ini memiliki tradisi atau amalan yang unik dilakukan sejak turun temurun lagi.

Salah satunya adalah tradisi unik bagi masyarakat Tibet yang mengamalkan pengebumian Langit Tibet.

Upacara itu adalah sebahagian daripada adat tradisi Buddhisme Tibet untuk mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang sudah meninggal dunia.

Kaedah pengebumian ini adalah melambangkan pembebasan jiwa daripada badan fizikal mayat si mati.

Bagaimanakah prosedur ini dilakukan?

Jika seorang Tibet meninggal dunia, mayat itu akan dibalut dengan kain putih dan diletakkan di sudut rumah selama tiga hingga lima hari.

Sewaktu proses ini, sami akan membaca kitab suci dengan kuat supaya roh itu dapat dibebaskan dari api penyucian.

Selain itu, ahli keluarga juga akan menghentikan aktiviti lain mereka bagi mewujudkan persekitaran yang aman untuk membolehkan roh naik ke syurga.

Kredit Tibet Vista

Kemudian ahli keluarga akan memilih hari bertuah dan meminta pembawa mayat untuk membawa jenazah ke pelantar pengebumian langit itu diadakan.

Pada hari sebelum pengebumian, ahli keluarga akan menanggalkan pakaian si mati dan meletakkan mayat dalam kedudukan seperti janin.

Menjelang subuh hari bertuah, mayat akan dihantar ke tapak perkuburan di antara gunung-ganang yang jauh dari kawasan penempatan atau perumahan penduduk.

Langkah seterusnya adalah asap “Su” akan dibakar untuk menarik burung kondor atau hering iaitu sejenis burung pemangsa yang ganas.

Selain daripada kehadiran burung hering yang ganas, apa yang lebih menarik dalam proses pengebumian itu adalah pembawa mayat atau rogyapas akan melakukan sesuatu yang di luar jangka.

Kredit Tibet Vista

Mereka akan bertindak mengheret mayat itu ke puncak gunung dan memotong jasad itu ke beberapa bahagian menggunakan pisau.

Proses ini tidak dilakukan dengan ekspresi yang serius atau kesedihan sebaliknya mereka akan bergelak tawa seperti melakukan kerja-kerja ladang biasa.

Penganut Buddha Tiber percaya bahawa mengekalkan suasana seperti itu dapat membimbing orang mati untuk merentas kegelapan ke kehidupan seterusnya.

Cebisan mayat itu kemudiannya akan disajikan kepada burung hering sebagai ritual terakhir.

Mengapa pengebumian langit diamalkan dalam masyarakat Buddhisme Tibet?

Amalan pengebumian langit berkait rapat dengan falsafah Buddhisme Tibet. Di mana mereka percaya, jika burung hering datang makan mayat itu maka si mati tidak akan mempunyai dosa dan rohnya telah pergi dengan aman ke Syurga.

Burung hering di pergunungan sekitar pelantar pengebumian langit adalah dianggap sebagai “burung suci”.

Burung-burung itu dipercayai hanya memakan tubuh manusia tanpa menyerang mana-mana haiwan kecil yang berdekatan.

Mana-mana cebisan yang ditinggalkan oleh burung hering mesti dikumpulkan semula dan dibakar bagi menebus dosa si mati.

Lokasi terkenal upacara pengebumian langit

Terdapat dua destinasi terkenal dalam upacara pengebumian langit di Tibet. Salah satunya ialah Biara Drigung Til yang terletak di Daerah Maizokunggar sekitar 150km di timur ke bandar Lhasa.

Biara ini tertanam di permukaan batu yang curang di tebing menghadap ke Lembah Mum Pa yang indah.

Kredit Tibet Vista

Satu lagi lokasi terletak di Akademi Buddha Larung Gar yang merupakan akademi Buddha terbesar di dunia.

Ia terletak lebih 20km ke tenggara ke Daerah Sertar, Wilayah Sichuan. Akademi Buddha Larung Gar terkenal dengan penempatan Buddha yang besar dan pengajian agama Buddha yang kukuh.

Akademi itu sering menjadi destinasi yang mesti dikunjungi oleh jurugambar potret dan landskap.

Setiap negara mempunyai keunikan tradisi mereka, justeru kita harus membuka mata untuk mempelajari keunikan itu sendiri.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Sumber: ABC News, Tibet Vista

The post Bagi Burung Makan, Ketahui Ritual Unik Pengebumian Diamalkan Masyarakat Tibet appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*