Bahagian Akhir AOT Makin Hampir, Eren Yeager Bakal Ditemu Bual Dalam Program TV

aot eren yeager

Bahagian Akhir AOT Makin Hampir, Eren Yeager Bakal Ditemu Bual Dalam Program TV

Watak utama dalam siri animasi Jepun, Attack on Titan (AOT), Eren Yeager dilaporkan bakal muncul dalam satu wawancara televisyen tidak lama lagi.

Menurut NHK, wawancara itu akan disiarkan menerusi salurannya pada jam 11.45 malam, 24 Oktober ini.

Ia bagi mempromosikan episod akhir (bahagian kedua) AOT dalam program TV “Professional Work Style”.

“Attack on Titan ialah anime yang menggambarkan pertempuran sengit antara manusia dan gergasi.

“Sebelum episod akhir (bahagian kedua) disiarkan, Professional Work Style akan melihat secara dekat watak utama Eren Yeager

“Kita akan lihat dengan lebih dekat ‘gaya kerja’ seorang lelaki yang terus berjuang sebagai askar.

“Apa yang Eren cari dan terus perjuangkan? Dan apakah maksud ‘profesional’ kepada Eren,” kata NHK.

Sejarah Tercipta

Ini menjadikan Eren watak anime pertama yang ditemu bual dalam siaran televisyen.

Watak tersebut difahamkan bakal membuat penampilan dalam siaran itu dengan Yuki Kaji sebagai suara latar.

Bagi yang belum tahu, Yuki merupakan pelakon suara latar bagi watak Eren.

Sementara itu, Yuki  dalam satu muat naik di platform X miliknya, mendedahkan bahawa  satu proses rakaman program NHK TV telah selesai.

“Terima kasih. Minggu depan, kami akan membawakan kepada anda butiran tentang rakaman ini yang dirakamkan semalam, nantikan,” katanya.

Walaupun tidak menjelaskan dengan terperinci mengenai program itu, namun ramai yang membuat spekulasi bahawa ia adalah rakaman untuk temu bual Eren.

Dalam satu kiriman di akaun X @AotWiki, turut memaklumkan perkara tersebut.

“Temu bual eksklusif dengan Eren Yeager akan disiarkan di program Professional Work Style di NHK , 23 Oktober, 11.45 malam waktu Jepun (24 Oktober).

“Sejarah tercipta kerana ini merupakan watak anime pertama membuat kemunculan dalam program temu bual,” tulis akaun itu.

BACA JUGA: “Tiada Bekalan Elektrik, Air..,” Israel Kenakan Sekatan Penuh Ke Atas Gaza

Untuk makluman, Professional Work Style ialah siri dokumentari yang memaparkan pandangan dan soal jawab dalam kehidupan, serta gaya kerja profesional setiap individu dalam bidang masing-masing.

Attack on Titan

Siri animasi Attack on Titan merupakan adaptasi siri manga ciptaan Hajime Isayama.

Selepas 10 tahun, siri animasi itu bakal melabuhkan tirainya. Difahamkan, episod khas terakhir siri ini akan berdurasi selama 90 minit dan disiarkan pada 4 November 2023 sebagai tanda penamatannya.

Pengakhiran bagi siri ini juga telah mencetuskan perdebatan yang hangat dalam kalangan peminat.

Sumber: Anime Senpai, NHK 

The post Bahagian Akhir AOT Makin Hampir, Eren Yeager Bakal Ditemu Bual Dalam Program TV appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*