Baki akaun bank  kosong ditipu ‘wakil Touch N Go’

peniaga lemas

peniaga lemas

KUANTAN: Seorang suri rumah terpaksa berputih mata selepas baki akaun banknya kosong akibat ditipu individu menyamar sebagai wakil Touch N Go.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suri rumah berusia 36 tahun itu kerugian keseluruhan wang simpanannya berjumlah RM21,399 setelah menyerahkan nombor kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan nombor kod pengesahan transaksi (TAC) kepada suspek.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada Khamis lalu apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek memaklumkan akaun E-Wallet miliknya sudah tamat tempoh.

“Suspek juga memaklumkan kepada mangsa bahawa terdapat 750 mata yang belum dituntut. 

“Wanita itu terpedaya dengan kata-kata suspek dan memberikan nombor kad ATM dan nombor TAC apabila suspek minta kononnya membantu mangsa untuk menebus mata tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Ramli berkata, mangsa dilaporkan menyerahkan tujuh nombor TAC yang berlainan kepada suspek sebelum menyedari ditipu.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. 

Beliau menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan segera membuat semakan dengan  polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan. – UTUSAN

The post Baki akaun bank  kosong ditipu ‘wakil Touch N Go’ appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*