Bangkok: Remaja Lepas Tembakan Rambang Di Pusat Beli-belah, Tiga Maut

3 terkorban remaja lakukan tembakan rambang

Bangkok: Remaja Lepas Tembakan Rambang Di Pusat Beli-belah, Tiga Maut

Tiga terbunuh, manakala empat yang lain cedera selepas seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan melakukan tembakan rambang di pusat beli-belah di Thailand, lapor Thai PBS World.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah pusat beli belah terbesar di Bangkok yang dikenali sebagai Siam Paragon pada sekitar pukul 4 petang tadi.

Menurut laporan, suspek yang memakai topi dan berpakaian serba hitam dilaporkan melakukan serangan tembakan rambang menggunakan pistol 9mm.

Kejadian tembakan itu telah menyebabkan keadaan dalam pusat beli-belah tersebut menjadi kucar-kacir hingga ramai pengunjung bergegas keluar menyelamatkan diri.

Selepas serangan, suspek didapati melarikan diri ke sebuah hotel yang terletak bersebelahan dengan kompleks beli-belah tersebut.

Walau bagaimanapun suspek akhirnya tumpas apabila dia dikepung sepasukan anggota polis kira-kira sejam kemudian.

Sebuah klip video yang dikongsi di media sosial menunjukkan empat anggota polis mendekati suspek yang tidak menunjukkan sebarang tanda pergelutan.

Suspek dilihat berlutut dengan tangan diangkat ke atas kepala ketika dua anggota polis menahannya dan memaksanya untuk berbaring.

Walau bagaimanapun, motif tembakan itu sehingga kini masih belum diketahui dan sedang dalam siasatan polis.

Sementara itu, sumber Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Erawan melaporkan tiga orang terbunuh dan empat lagi cedera ekoran kejadian tembakan berkenaan.

24 Termasuk 12 Bayi Baru Lahir Mati Dalam 24 Jam Di Hospital Kerajaan Maharashtra, India

Sementara itu dalam laporan lain, sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya bayi baru lahir meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah hospital kerajaan di negeri Maharashtra, India.

Insiden kematian di kolej perubatan dan hospital kerajaan tempatan di Nanded, 600 km timur dari Mumbai itu dikaitkan dengan kekurangan ubat-ubatan dan kakitangan, menurut laporan media tempatan.

Sebanyak 70 pesakit lain dilaporkan dalam keadaan serius.

Pada Ogos, 18 pesakit meninggal dunia dalam tempoh sehari di hospital kerajaan di daerah Thane, kira-kira 25 km dari Mumbai.

Kematian di Nanded antara Sabtu dan Ahad telah menimbulkan dakwaan pengabaian penjagaan kesihatan di negeri terkaya di India itu.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Sumber: Thai PBS World

The post Bangkok: Remaja Lepas Tembakan Rambang Di Pusat Beli-belah, Tiga Maut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*