Banjir Kilat Landa Kuantan Susulan Hujan Lebat Berterusan

banjir kilat landa kuantan

Banjir kilat landa Kuantan pagi ini susulan hujan lebat berterusan di daerah itu sejak tengah malam tadi. Beberapa jalan dilihat dinaiki air.

Tular beberapa rakaman yang menunjukkan kawasan di sekitar Pahang termasuk daerah Kuantan dilanda banjir selepas hujan lebat yang berterusan sehingga jam 8 pagi tadi.

Menuru, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuantan, antara kawasan yang dinaiki air termasuklah Jalan Padang Lalang, Tanjung Lumpur, Kg. Baharu Seksyen 9  dan Jalan Kuala Lumpur – Kuantan serta Jalan Sungai Panching Utara.

Kedalaman air yang dicatatkan bermula dengan paras 0.10 meter hingga 0.26 meter. Hasil tinjauan di media sosial mendapati kesemua kenderaan masih dibenarkan untuk melalui jalan berkenaan.

Beberapa jalan juga sudah kembali digunakan seperti biasa selepas air banjir mulai surut.

Menurut Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia, dua sungai di Kuantan mencatatkan paras air pada tahap “Bahaya”, Sungai Kuantan di Bukit Kenau (21.59 meter) dan Sungai Lembing Kuantan (36.47 meter) sehingga jam 8  pagi tadi.

Manakala Sungai Keratong di Jam Bahau Keratong, Rompin (22.68 meter) berada dalam paras “Amaran”

BACA JUGA: Tular Rakaman Keadaan Air Deras, Langkawi Dibadai Banjir

Banjir kilat landa Kuantan

Di bawah memaparkan keadaan banjir terkini yang sedang berlaku di beberapa bahagian di Pahang.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran Hujan Berterusan (Bahaya) yang dijangka berlaku di Negeri Pahang (Kuantan) sehingga 7 Februari (esok).

Manakala bagi daerah Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin, Amaran Hujan Berterusan (Buruk) turut dikeluarkan.

Selain itu, beberapa daerah di Pahang termasuk Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong diramal mengalami hujan berterusan (Waspada). Amaran ini dikeluarkan oleh MetMalaysia pada jam 5.50 pagi hari ini.

banjir kilat landa kuantan
Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia

“Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka. Ia berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.

“Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan. Ia dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam

“Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku. Ia melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” maklum MetMalysia.

Sumber: Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuantan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

The post Banjir Kilat Landa Kuantan Susulan Hujan Lebat Berterusan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*