Kapal Tentera Laut Thailand Karam: Misi Mencari Lima Anak Kapal Masih Diteruskan

Kapal Tentera Laut Thailand Karam

Tentera Laut Diraja Thai masih meneruskan misi pencarian lima anak kapal perang HTMS Sukhothai yang masih hilang sejak Ahad, 18 Disember lepas.

Menurut jurucakap tentera laut, Adm Pokkrong Monthatpalin, penggunaan bot-bot kecil dalam misi pencarian itu menjadi sukar ekoran daripada angin kencang dan ombak tinggi di sekitar lokasi kejadian.

Namun, perkara tersebut tidak mematahkan semangat mereka untuk terus meneruskan misi dengan menggunakan pesawat dan bot besar.

Difahamkan, pasukan operasi khas SEAL (SEa–Air–Land)  tentera laut menggunakan bot laju dan empat bot lain mencari mangsa di sekitar kepulauan Klaeb, Yung, Noo, Maew dan Kula di Chumphon.

Sementara itu, unit-unit Pusat Pemerintahan Penguatkausaan Maritim Thailand (Thai-MECC) Wilayah 1 meneruskan misi pencarian di kawasan pantai dan pulau-pulau dari pelabuhan di daerah Bang Saphan, Prachuap Khiri Khan, hingga ke daerah Lang Suan di Chumphon.

Imbas kembali,  insiden HTMS Sukhothai karam dengan 105 anak kapal di daerah Bang Saphan, wilayah Prachuap Khiri Khan ekoran daripada ribut dan ombak yang melanda perairan tersebut.

Sehingga jam 11 pagi, Ahad (1 Januari) seramai 76 anak kapal telah diselamatkan manakala 24 orang telah terkorban. Bagaimanapun, 23 orang telah dikenal pasti dan seorang masih dalam proses pengecaman.

Justeru, jumlah tersebut mencatatkan bahawa lima orang anak kapal masih lagi hilang kerana tiada mayat dijumpai sejak Khamis lalu.

Sumber:  Bangkok Post

The post Kapal Tentera Laut Thailand Karam: Misi Mencari Lima Anak Kapal Masih Diteruskan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*