Bantah Permohonan Sanusi Pindah Kes, Hakim Mahkamah Sesyen Kompeten & Berwibawa – TPR

sanusi kes mahkamah sesyen

Bantah Permohonan Sanusi Pindah Kes, Hakim Mahkamah Sesyen Kompeten & Berwibawa – TPR

SHAH ALAM, 24 Jan (Bernama) — Pihak pendakwaan dalam kes Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membantah permohonan Menteri Besar Kedah itu untuk memindahkan kes hasutan dihadapinya ke Mahkamah Tinggi di sini memandangkan kes itu telah ditetapkan untuk perbicaraan di Mahkamah Sesyen Selayang.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud berkata kes itu juga tidak melibatkan persoalan undang-undang yang sukar atau kompleks seperti didakwa pihak pemohon.

“Hakim Mahkamah Sesyen adalah kompeten dan berwibawa untuk mengendalikan perbicaraan jenayah bagi kes-kes yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen, sepertimana kes yang dituduhkan terhadap pemohon di bawah Akta 15 (Akta Hasutan 1948).

“Oleh demikian, ia bukanlah dalam kepentingan keadilan untuk kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, lebih-lebih lagi kes telah ditetapkan untuk perbicaraan di Mahkamah Sesyen,” katanya.

Masri berkata demikian dalam afidavit jawapan untuk membantah permohonan yang dikemukan Muhammad Sanusi bagi memindahkan dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik ke Mahkamah Tinggi di sini.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Selayang Nor Rajiah Mat Zin menetapkan tarikh perbicaraan pada 5, 8, 9, 13, 15, 16,19, 22 dan 23 Februari serta 11, 15 dan 18 Mac.

Sementara itu, dalam prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aslam Zainuddin hari ini, mahkamah menetapkan 1 Feb ini bagi mendengar permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu bagi memindah dua pertuduhan dihadapinya ke Mahkamah Tinggi.

Aslam juga memerintahkan Muhammad Sanusi membalas afidavit yang dikemukan pendakwaan pada atau sebelum 29 Jan ini.

Terdahulu, peguam Hasshahari Johari Mawi yang mewakili Muhammad Sanusi memohon mahkamah agar diberi masa 14 hari bagi menjawab afidavit yang dikemukakan pendakwaan.

“Kami telah menerima afidavit jawapan daripada pihak pendakwaan menerusi e-mel semalam. Justeru itu, kami mohon mahkamah memberi masa 14 hari untuk kami membalas afidavit tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, Masri membantah permohonan itu dan menyatakan masa yang ada mencukupi untuk menjawab affidavit tersebut selain, tiada sebab untuk melengah-lengahkan lagi prosiding itu.

Muhammad Sanusi didakwa menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak pada 11 malam, 11 Julai tahun lepas.

Dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya adalah mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama iaitu denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

BACA: Mudah & Pantas, Tip Nak Hilangkan Rasa Pijar Cili Pada Tangan

Sumber: Bernama

The post Bantah Permohonan Sanusi Pindah Kes, Hakim Mahkamah Sesyen Kompeten & Berwibawa – TPR appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*