Fahmi Naik Bas Dari Parlimen Ke Putrajaya, Uji Kualiti Perkhidmatan Selular

Fahmi naik bas

Fahmi Naik Bas Dari Parlimen Ke Putrajaya, Uji Kualiti Perkhidmatan Selular

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — Isu berkaitan dropped calls atau panggilan telefon bimbit tiba-tiba terputus yang timbul sejak kebelakangan ini mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang melaksanakan Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) hari ini.

Ujian itu dibuat dengan tujuan menguji capaian rangkaian yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia, dalam menangani isu berkenaan yang menjadi rungutan beberapa pihak sebelum ini.

Turut sama dalam pelaksanaan ujian itu ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan timbalannya Teo Nie Ching, yang dibawa menaiki bas dari Bangunan Parlimen ke Kementerian Komunikasi di Putrajaya bagi melihat dan meneliti sendiri kualiti panggilan telefon bimbit sama ada memuaskan atau sebaliknya.

Fahmi dalam ucapan ringkasnya di perkarangan Bangunan Parlimen berkata ujian ini akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai MCMC yang terlatih dengan menggunakan peralatan khas pengujian Nemo Walker Air.

Katanya terdapat dua set Nemo Walker Air akan digunakan untuk dua jenis ujian, iaitu panggilan berturutan (repetitive calls) dan panggilan berterusan (continuous calls).

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Turut menyertai Fahmi dalam perjalanan selama hampir sejam itu ialah Pengerusi MCMC Mohamad Salim Fateh Din dan pengurusan kanan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Unifi Mobile (TM Tech) dan Yes (YTL Communication).

Kira-kira 30 pengamal media turut dibawa menaiki bas berasingan dan diberi taklimat berhubung ujian berkenaan oleh pegawai MCMC.

Dapatan hasil daripada ujian ini akan dianalisis dan dikongsi oleh Fahmi dalam sidang media di Kementerian Komunikasi petang ini.

Sumber: BERNAMA

The post Fahmi Naik Bas Dari Parlimen Ke Putrajaya, Uji Kualiti Perkhidmatan Selular appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*