Barcelona Putuskan Hubungan Dengan Israel Kerana Pelanggaran Hak Asasi Manusia

Barcelona putuskan hubungan Israel

Barcelona Putuskan Hubungan Dengan Israel Kerana Pelanggaran Hak Asasi Manusia

OVIEDO (Sepanyol), 9 Feb (Bernama) — Datuk Bandar Barcelona Ada Colau mengumumkan bandar itu memutuskan semua hubungan dengan Israel kerana “pelanggaran hak asasi manusia secara berulang terhadap penduduk Palestin dan ketidakpatuhan kepada resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu”.

Ada Colau telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, lapor Agensi Anadolu memetik catatan Instagram beliau.

Langkah itu termasuk menamatkan perjanjian Barcelona dan Tel Aviv yang ditandatangani pada 1998.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Colau berkata keputusan itu dibuat atas permintaan lebih 100 entiti dan beribu-ribu penduduk Barcelona.

Beliau berkata namun, pihaknya akan terus bekerjasama dengan entiti Palestin dan Israel “yang bekerja untuk keamanan dan menentang apartheid.”

Persekutuan Komuniti Yahudi di Sepanyol (FCJE) “membantah dan kesal” dengan keputusan itu yang didakwa dibuat “tanpa perbahasan” dan tidak mewakili Barcelona dan rakyatnya.

Sumber: BERNAMA

The post Barcelona Putuskan Hubungan Dengan Israel Kerana Pelanggaran Hak Asasi Manusia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*