Diculik Ketika Kecil, Lelaki Akhirnya Bertemu Semula Dengan Keluarga Kandung Selepas 28 Tahun

lelaki diculik 28 tahun

Diculik Ketika Kecil, Lelaki Akhirnya Bertemu Semula Dengan Keluarga Kandung Selepas 28 Tahun

Seorang lelaki berusia 32 tahun akhirnya bertemu dengan keluarga kandungnya selepas dilaporkan terpisah sejak 28 tahun lalu, lapor Asia One.

Lelaki dari China itu, Kai Ye (Zhang Tao) dipercayai telah diculik di sebuah pasar dan kemudiannya di bawa ke Guangdong dan tinggal di situ selama satu hingga dua tahun, lapor China Riverside Video.

Selepas itu, mangsa telah dibawa ke Singapura dan menetap di sana.

Meskipun tiada sebarang memori kanak-kanak di negara kelahirannya, dia berusaha dan menaruh harapan untuk bertemu semula dengan keluarga kandungnya.

Pada Julai 2021, dia telah mendaftarkan maklumat peribadinya menerusi Persatuan Sukarelawan Baobei Huijia, sebuah badan NGO yang membantu mencari kanak-kanak yang hilang, lapor 8world.

Gambar: Yan .sg

Sewaktu pandemik Covid-19, usaha itu berdepan dengan sedikit kesukaran terutama dalam mengatur dan mengumpul maklumat  serta sampel darah. Memandangkan lelaki itu juga menetap di Singapura.

Bagaimanapun, usaha itu membuahkan hasil apabila sukarelawan pada Julai lalu memberitahu seorang wanita telah menghubungi pihaknya selepas melihat maklumat lelaki itu. Wanita berkenaan menghubungi kerana mengesyaki Kai adalah anaknya yang hilang hampir tiga dekad lalu.

Selepas meneliti dan menganalis keterangan oleh wanita tersebut, terdapat hubungkait dengannya. Jelas wanita itu, dia mendakwa anaknya yang dilahirkan pada 1991 dilaporkan hilang di pasar sayur pada 1995.

BACA JUGA: Budak Tiga Tahun Didakwa Diculik Jembalang

Susulan itu, Persatuan Sukarelawan itu telah membuat ujian paterniti DNA dan mengesahkan bahawa wanita tersebut adalah ibu kandung Kai Ye (Zhang Tao).

Pada Selasa lalu, Kai dan isterinya telah terbang ke Sichuan untuk bertemu dengan ibu bapa kandungnya.

Lelaki Bertemu Semula Dengan Keluarga Selepas Dua Dekas Diculik

Terdahulu, seorang ayah di China dilaporkan telah menemui semula anak lelakinya yang diculik selepas mendedikasikan masanya hampir 22 tahun dalam misi mencari, lapor Oddity Central.

Difahamkan, anak lelakinya itu telah ditemui di bandar sejauh 900 kilometer dari lokasi terakhir dilaporkan hilang.

Kejadian itu berlaku pada 9 Oktober 2001, sewaktu Lei Wuze keluar dari rumahnya di Yueyang, wilayah Hunan tanpa mengetahui bahawa itu adalah kali terakhir dia akan melihat anaknya.

Anaknya dilaporkan telah diculik oleh seorang lelaki yang tidak dikenali sewaktu berada di bawah penjagaan jiran wanita. Bagaimanapun, mereka kembali disatukan ketika anaknya telah menginjak usia 26 tahun.

Sumber: Asia One

The post Diculik Ketika Kecil, Lelaki Akhirnya Bertemu Semula Dengan Keluarga Kandung Selepas 28 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*