‘Batu Bercas Elektrik’ Didakwa Dijumpai di Congo, Ini Faktanya

Vibranium Dijumpai di Congo

Penduduk di Congo digemparkan dengan penemuan batu mineral misteri yang dipercayai boleh mengalirkan arus elektrik secara semula jadi, lapor Vanguard News.

Batu ‘misteri’ yang digelar ‘batu bercas elektrik’ itu dipercayai ditemui di Republik Demokratik Congo yang muka buminya kaya dengan coltan, kobalt, tembaga, emas dan timah yang lain.

Dalam video yang dikongsikan oleh Africa Archives, dapat diihat sebuah mentol didapati menyala sebaik sahaja dua wayar diletakkan pada batu tersebut.

Tambahan pula, ada juga video yang memaparkan batu tersebut dipertemukan dengan batu yang lain yang ‘saling berhubung’ hingga mengeluarkan cahaya.

Merujuk Nairobi News, batu kinetik tersebut yang ditemui di Katanga, Congo didakwa terhasil daripada kombinasi magnetit dan quartz yang dipercayai memiliki kuasa cas elektrik.

Bagaimanapun batu misteri itu rupanya hanyalah mitos sahaja kerana ia pernah ‘wujud’ dalam buku komik di US yang diterbitkan oleh Komik Marvel.

Dalam komik tersebut, batu tersebut disebut sebagai vibranium dan ia bersifat menyerap dan membebaskan sejumlah besar tenaga kinetik.

Ini merupakan perkara yang anda perlu ketahui mengenai ‘batu bercas elektrik’:

Yang pertama, vibranium pertama kali muncul dalam siri 13 Daredevil iaitu sebuah komik yang diterbitkan oleh Komik Marvel pada tahun 1964. Dalam buku tersebut, vibranium dilihat sebagai komponen logam yang mempunyai sifat luar biasa dan pelik.

Ia juga diperkenalkan dengan Anti-Metal, tetapi Anti-Metal secara umumnya hanya boleh didapati di Antartika. Kemudian pada tahun 1966, menurut Fantastic Four siri 53, variasi baharu vibranium itu telah ditemui di negara terpencil, Wakanda.

Malah dalam Marvel, vibranium tersebut telah dimendapkan di Bumi oleh meteorit sekitar 10,000 tahun dahulu. Malah, vibranium  juga dirujuk dalam ‘Take Me Back to London’ oleh Ed Shereen pada tahun 2019.

Sumber: Vanguard

The post ‘Batu Bercas Elektrik’ Didakwa Dijumpai di Congo, Ini Faktanya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*