Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

cara dapat cas delivery rendah

Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

Zaman sekarang ni, ramai yang memilih untuk jimat terutamanya dalam pelbagai aspek. Ini termasuklah bila nak makan, pun ada yang terpaksa jimat supaya boleh ada lebihan wang ketika hujung bulan.

Bila kata nak masak, tak sempat pula sebab balik kerja pun dah lewat malam. Jadi, nak tak nak, kenalah juga open aplikasi Grab dan buat pesanan. Tapi jangan risau, bila guna Grab ni sebenarnya boleh jimat sejimatnya dengan cas penghantaran.

Korang tahu tak, korang sebenarnya boleh dapat makanan dengan kos penghantaran bermula serendah RM1 je tau. Macam tak percaya yang RM1 pun rider boleh hantar makanan terus ke pintu rumah.

Banyak boleh jimat sebab pengguna boleh dapat cas penghantaran serendah RM1 je bila pilih Saver Delivery. Ini sebabnya, rider akan kumpulkan beberapa order dan hantar serentak. Jadi penghantaran mungkin akan ambil sedikit masa untuk sampai. Dan dalam masa yang sama, pendapatan rider tak akan terjejas.

So, macam mana nak pilih bagi cas penghantaran yang dikenali sebagai ‘Saver Delivery’ dekat aplikasi Grab ni jadi RM1? Mudah je, ikut cara dekat bawah ni:

1. Pertama sekali, korang kena buka aplikasi Grab dekat telefon korang tu

2. Lepas tu korang pilih restoran yang korang nak order tu.

3. Seterusnya pilih makanan yang korang nak.

4. Last sekali dekat bahagian delivery options tu korang pilih Saver dan tekan Place Order

5. Lepas tu, tunggulah makanan korang sampai. Tapi kalau korang tak boleh tunggu lama, jangan risau. Pilih je penghantaran Direct Delivery.

Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut berkenaan Saver Delivery ni, korang boleh klik dekat sini.

The post Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*