90 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Kg Cenderamata, Batu Sapi

rumah atas air kebakaran

90 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Kg Cenderamata, Batu Sapi

SANDAKAN, 6 Mac (Bernama) — Kira-kira 90 rumah atas air musnah dalam satu kebakaran di Kampung Cenderamata, Batu Sapi dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Zon 6 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan Jasri Abd Jal berkata pihaknya menghantar satu pasukan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.06 pagi,

“Tiada mangsa cedera mahupun kehilangan nyawa. Alhamdulillah semuanya selamat, walaupun kami tahu kebakaran ini agak besar juga, berlaku awal (sebelum) subuh dalam keadaan yang gelap,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Menurut Jasri, api berjaya dikawal pada 4.53 pagi dan padam sepenuhnya pada 7.48 pagi.

BACA JUGA: Pemandu Maut Selepas Lori Tangki Dilaporkan Terbalik & Terbakar

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abd Fuad Abd Malek berkata Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) telah diaktifkan dan semua mangsa ditempatkan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi yang dijadikan pusat penempatan sementara (PPS).

Menurutnya, setakat ini 34 keluarga telah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am dan proses pendaftaran masih berjalan di PPS tersebut.

Beliau juga memaklumkan pihak polis turut menyediakan perkhidmatan untuk mangsa membuat laporan di PPS berkenaan tanpa perlu ke balai polis.

Sumber: BERNAMA

The post 90 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Kg Cenderamata, Batu Sapi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*