Bayi kembar lahir tahun berbeza

AUSTIN, TEXAS – Sepasang bayi kembar di Texas, Amerika Syarikat (AS) yang dijangka lahir pada malam Tahun Baharu 2023 selamat dilahirkan pada tahun berasingan, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Ibu bayi-bayi tersebut, Kali Jo Scott, melahirkan bayi perempuan pertamanya, Annie Jo, pada pukul 11.55 malam (waktu tempatan), 31 Disember tahun lalu.

Ia diikuti dengan bayi kembar perempuan keduanya, Effie Rose, yang dilahirkan pada pukul 12.01 tengah malam (waktu tempatan), 1 Januari lalu.

Kali dan pasangannya, Cliff Scott telah menjangkakan kelahiran anak mereka sekitar waktu tengah malam.

“Kami pernah bergurau bahawa ia amat kelakar jika kedua-dua bayi kembar kami mempunyai tarikh lahir sendiri (berlainan).

“Ternyata ia melebihi kemungkinan yang kita sedar,” kata Kali.

Annie merupakan bayi terakhir yang dilahirkan di Texas Health Presbyterian Hospital Denton pada 2022 manakala Effie ialah bayi pertama yang dilahirkan di hospital sama pada 2023.

Pasangan itu bagaimanapun gembira kerana anak kembar mereka akan dapat meraikan hari lahir berbeza dan mempunyai identiti sendiri. – Agensi

 

The post Bayi kembar lahir tahun berbeza appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*