Beberapa Kawasan Di Melaka Dilanda Banjir

melaka dilanda banjir

Beberapa kawasan di Melaka dilaporkan telah dilanda banjir selepas hujan berterusan sejak awal pagi ini.

Menjengah di ruangan media sosial, rata-rata orang ramai mengambil peluang untuk mengemas kini keadaan semasa di tempat mereka.

Menerusi perkongsian NurJannah Firdausi, dia berkongsi senarai lokasi beberapa kawasan yang dilanda banjir dan turut memuat naik gambar terkini kawasan itu.

Antara kawasan yang terlibat ialah sekitar Dun Duyong, Taman Elok, Taman Panglima, Taman Bukit Serindit, Kampung Air Leleh, Bandar Hilir, Kampung Banda Kaba dan Kota Laksamana.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mohd Noor Helmy Abdul Halem sempat melakukan siaran langsung di Facebook miliknya mengenai keadaan di tempatnya.

Mohd Helmy meninjau keadaan sekeliling dan bertemu dengan mangsa banjir untuk melihat situasi di rumah mereka.

Walaupun hujan tidak lebat, namun hujan berpanjangan telah menjadi penyumbang kepada banjir tersebut.

Kredit: Mohd Noor Helmy/Facebook

“Kawasan naik air kali ni rata. Nak salahkan cuaca semata tak boleh juga.

“Sebab ada sesetengah tempat sudah mula banjir semula setelah tidak banjir setahun lebih.

“Kebetulan ada “kerja” di kawasan berhampiran. Kita akan siasat “kerja” tu jika ia penyumbangnya,” ulasnya pada pagi Isnin.

Amaran ribut petir libatkan 12 negeri hingga 10 pagi

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga 10 pagi ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 6.30 pagi tadi, ia meramalkan ribut petir di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Selain itu MetMalaysia turut menjangkakan keadaan cuaca yang sama di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu iaitu di Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Ia juga melibatkan beberapa kawasan di Pahang iaitu Bentong, Temerloh, Maran dan Bera, manakala di Negeri Sembilan iaitu di Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau.

Sementara itu, di Johor ia melibatkan beberapa kawasan di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

Sumber: Facebook, Twitter

The post Beberapa Kawasan Di Melaka Dilanda Banjir appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*