Bekas “Fighter” MMA Tumpaskan Lelaki Tiba-Tiba Serangnya Guna Pisau

fighter mma tumpaskan pisau

Bekas “Fighter” MMA Tumpaskan Lelaki Tiba-Tiba Serangnya Guna Pisau

Seorang bekas petarung MMA berjaya menumpaskan seorang lelaki yang menyerangnya menggunakan pisau.

Pada hari Rabu, kira-kira jam 4 pagi di sebuah lot parkir di Miami, bekas petarung MMA bernama Javier Baez itu telah diserang selepas dia keluar untuk menyambut Halloween.

Menurut Local News 10 Miami, lelaki itu didakwa menghentak cermin kereta Baez dan cuba memasuki keretanya melalui pintu pemandu sebelum cuba untuk menikamnya.

Baez cuba menenangkan keadaan sambil keluar daripada keretanya, namun pada ketika itu juga, penyerang tersebut didakwa mengambil sebilah pisau lagi.

“Dia sedang menjerit ke telefon, memang kedengaran seperti dia bergaduh dengan seorang wanita,” kata Baez kepada CBS Miami.

“Dia mengetuk cermin tingkap saya. Saya memintanya untuk biarkan saya sendirian, kemudian dia serang saya dengan pisau.

“Saya beritahunya sekali lagi untuk tinggalkan saya. Saya akan telefon polis. Saya berharap dia tidak memecahkan tingkap saya. Itu saja yang saya risaukan.”

Apabila penyerang tersebut cuba untuk menyerang Baez, ketika itulah bekas petarung MMA itu beraksi mempertahankan dirinya.

Baez menghalang serangan tersebut dengan mengangkat dan menghempaskan lelaki itu ke lantai.

Ianya sama seperti gerakan yang dia lakukan di dalam gelanggang.

Naluri Seorang Bekas MAA Fighter

“Bila dah selalu berlatih, ia menjadi satu refleks,” kata Baez.

“Apabila ia sampai kepada itu, ia semua naluri. Saya tidak boleh buat apa-apa dan hanya bertindak.”

“Saya berlatih sepanjang hidup saya. Saya mempunyai tali pinggang hitam untuk jiu-jitsu, bergusti di kolej, saya mempunyai lapan perlawanan professional, ahli MMA. Saya mempunyai rakan berlatih yang hebat.”

Walaupun perlawanan terakhirnya adalah pada 2018, dan kemenangan terakhirnya pada 2016, Baez berkata bahawa dia mempunyai pemikiran yang betul.

Lebih-lebih lagi apabila dia menghadapi situasi yang boleh membahayakan nyawanya.

“Saya kekal bertenang dan kekalkan keseimbangan saya,” Baez mampu untuk menahan penyerangnya itu menggunakan lututnya.

“Saya tidak menjatuhkan dia dan terus memukul tanpa henti. Saya cuma menjatuhkannya saja.”

Setelah mengunci pergerakan penyerang tersebut dengan chokehold, dia menelefon polis dan lelaki itu kemudiannya diberkas.

Baez memberitahu Local News 10, bahawa dia tidak tercedera dalam situasi itu.

Lelaki tersebut bakal menghadapi tuduhan menyamun dengan serangan.

Sumber: New York Post

BACA JUGA: China Pasang Lampu Laser Berwarna-Warni Dekat “Highway”, Nak Cegah Pemandu Mengantuk

The post Bekas “Fighter” MMA Tumpaskan Lelaki Tiba-Tiba Serangnya Guna Pisau appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*