Gas Memasak Dikaitkan Dengan Punca Penyakit Asma Pada Kanak-Kanak – Kajian

gas memasak asma

Gas Memasak Dikaitkan Dengan Punca Penyakit Asma Pada Kanak-Kanak – Kajian

Gas masakan yang tersebar di dapur, ruang tamu dan bilik tidur dilaporkan berpotensi menjadi punca masalah kesihatan asma terhadap kanak-kanak, tulis satu laporan kesihatan.

Memetik The Guardian, para saintis Belanda itu telah mengukur kualiti udara di 247 rumah berkenaan kajian tersebut.

Mereka mendapati paras purata nitrogen dioksida (NO2) dua kali lebih tinggi di rumah mereka yang memasak menggunakan gas berbanding mereka yang tidak menggunakannya.

Satu daripada empat rumah dengan gas memasak telah mencapai tahap pencemaran setiap jam yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Manakala isi rumah yang menggunakan periuk elektrik dalam kumpulan kawalan tidak melanggar had yang ditetapkan tersebut.

Piet Jacobs, seorang saintis dari Organisasi Penyelidikan Saintifik Gunaan Belanda, berkata: “Menukar kepada periuk elektrik sebaiknya digabungkan dengan penggunaan pengudaraan yang baik.

“Ia untuk mengurangkan pendedahan kepada bahan zarah yang tinggi daripada memasak. Ini boleh menurunkan nilai kepada di bawah paras yang disyorkan.”

Menggunakan gas untuk memasak makanan membebaskan bahan pencemar seperti NO2 yang boleh merosakkan paru-paru dan saluran pernafasan.

Dapatan kajian sudah lama mengesan perkaitan tersebut

Para saintis dikatakan telah lama mengetahui perkaitan antara gas memasak dan asma kanak-kanak. Namun, pada masa itu mereka tidak dapat membuktikan hubungan antara kedua perkaitan tersebut.

Laporan itu telah dijalankan oleh kumpulan kecekapan tenaga Clasp yang pakar dalam mengukur tahap NO2 dalaman di tujuh negara Eropah.

Para saintis telah memilih rumah di mana penghuninya tidak merokok dan jauh dari jalan raya serta kilang yang sibuk untuk mengurangkan kesan sumber pencemaran lain.

Penemuan mendapati pencemaran boleh bertahan beberapa jam lebih lama apabila orang mengambil masa yang lama untuk memasak.

Secara purata, had harian WHO untuk pencemaran NO2 yang ditetapkan telah dilanggar selama 3.25 hari sepanjang 13 hari tempoh ujian.

“Ini adalah kajian utama yang akan meningkatkan kesedaran dan mencetuskan tindakan yang akan melindungi kesihatan mereka yang terdedah seperti anak-anak kita,” kata Juana Maria Delgado-Saborit, ketua makmal penyelidikan alam sekitar di Universiti Jaume I, Sepanyol.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Menurutnya, kekangan terbesar kajian itu ialah mereka perlu menggunakan sensor yang tidak berfungsi sebaik instrumen saintifik untuk mengukur kualiti udara.

Kajian itu mendapati bahawa memasak dengan gas membawa kepada tahap pencemaran udara dalaman yang buruk.

Sehubungan itu, laporan itu mengesyorkan agar kerajaan mengukuhkan peraturan mengenai peralatan memasak.

Syarikat juga disarankan untuk berhenti membuat dan memasang dapur gas serta ketuhar.

Pengguna juga disyorkan untuk menukar kepada periuk elektrik untuk memasak serta mempunyai pengudaraan yang baik di dapur.

Sumber: The Guardian

The post Gas Memasak Dikaitkan Dengan Punca Penyakit Asma Pada Kanak-Kanak – Kajian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*