Bekas Pramugara Malaysia Saman Singapore Airlines RM6.3 Juta, Dakwa Tergelincir Pijak Minyak

pramugara saman singapore airlines

Bekas Pramugara Malaysia Saman Singapore Airlines RM6.3 Juta, Dakwa Tergelincir Pijak Minyak

SINGAPURA — Seorang bekas pramugara penerbangan menfailkan saman bernilai RM6.3 juta terhadap Singapore Airlines (SIA), lapor The Straits Times.

Tuntutan tersebut menyatakan saman itu dibuat selepas lelaki warganegara Malaysia itu menyifatkan bekas majikannya cuai kerana tidak menyediakan tempat yang selamat di tempat kerjanya.

Lelaki itu turut mendakwa perkara itu membuatkannya tergelincir dan terjatuh di dalam pesawat berkenaan.

Katanya, dia melihat tompokan minyak pada lantai pesawat kelas ekonomi berkenaan sewaktu penerbangan dari San Francisco dan dijadualkan tiba di Singapura pada petang 6 September 2019 lalu.

Dakwanya, dia tergelincir dan jatuh terlentang hingga mengakibatkan kepalanya terhantuk pada lantai sekitar 2 jam 30 minit sebelum kapal itu mendarat.

Akibat kejadian, dia tidak mempunyai kelayakan untuk bekerja sebagai pramugara penerbangan selepas mengalami kecederaan pada tulang belakang.

Dia yang telah bekerja di SIA sejak April 2016 hingga April 2021 kini bekerja sebagai penganalisis penjagaan pelanggan (Customer Care Analyst) di Malaysia.

Gambar: GIN TAY/ The Straits Times

Pemfailan Saman

Jumlah pampasan yang diminta olehnya bernilai RM4.57 juta bagi kehilangan pendapatan masa depan, kemudian RM106,000 untuk kehilangan kapasiti pendapatan dan RM531,000 untuk perbelanjaan perubatan serta pengangkutan masa depan.

BACA: Ni Fakta Pesawat BK 160 Gabriel, Yang Terhempas Di Klang

Peguamnya, Ramasamy Chettiar dan Kasturibai Manickam dalam hujah memberitahu lantai pesawat itu licin dan tidak selamat.

Lebih menyedihkan, SIA tidak mengambil sebarang langkah pencegahan mengenai isu tersebut.

“Selepas terjatuh, rakan sekerja membantu saya untuk duduk di tempat anak kapal. Tetapi SIA menyatakan saya dibantu ke tempat duduk 21F dalam bahagian kelas perniagaan sehingga pesawat mendarat,” katanya.

Sewaktu perbicaraan, dia menjawab terpaksa membersihkan minyak itu sebelum memberitahu ketuanya berhubung itu.

Mengulas lebih lanjut, dia menambah bahawa dia disuruh untuk membersihkannya semula kawasan itu.

Dalam kenyataannya, dia menyedari tompok minyak selepas kru pembersihan telah keluar, semasa pesawat itu sedang bersedia di landasan untuk berlepas.

Katanya, dia cuba membersihkan tompokan itu dengan tuala kertas, tetapi lantai masih licin dan memaklumkan kepada pegawai atasan mengenai perkara itu.

Lelaki berusia 35 tahun itu hadir ke mahkamah semalam dengan mengenakan pakaian kemeja putih dan leher yang dilitupi pendakap.

Prosiding perbicaraan bermula semalam dan dijadualkan berlangsung selama 10 hari.

Sumber: The Strait Times

The post Bekas Pramugara Malaysia Saman Singapore Airlines RM6.3 Juta, Dakwa Tergelincir Pijak Minyak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*