Berang beri duit di kampung punca lelaki bunuh isteri

seksual

seksual

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Indonesia ditahan selepas dipercayai menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan isterinya di Taman Damai Utama, Bandar Kinrara, pada 16 Disember lalu.

Penahanan suspek berusia 27 tahun itu dilakukan di sebuah rumah di Batu Gajah, Perak pada pukul 12.30 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, suspek adalah suami kepada mangsa dan sudah berkahwin kira-kira enam tahun lalu dan mempunyai empat orang anak yang berusia 1 hingga 5 tahun.

Jelas beliau, ketika ditahan, suspek mengaku memukul mangsa menggunakan sepana ketika kejadian pada 16 Disember lalu dan melarikan diri meninggalkan anak mereka.

“Punca pergaduhan antara suspek dan mangsa disebabkan wanita itu mengambil wang simpanan berjumlah RM6,000 dan menghantar ke kampung tanpa pengetahuan suspek.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini. – UTUSAN

The post Berang beri duit di kampung punca lelaki bunuh isteri appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*