Penggunaan Bekas Bukan Untuk Tujuan Makanan Adalah Dilarang- KKM

penggunaan bekas bukan untuk tujuan makanan

Penggunaan Bekas Bukan Untuk Tujuan Makanan Adalah Dilarang- KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa penggunaan bekas bukan untuk tujuan makanan adalah dilarang sama sekali untuk digunakan.

Kenyataan itu dibuat oleh KKM selepas penularan gambar berkenaan penjualan air minuman yang diletakkan di dalam akuarium kaca.

Selain itu, perbuatan itu dikatakan bertentangan dengan Peraturan 31, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Menurut peraturan itu, adalah menjadi satu kesalahan apabila akuarium berfungsi sebagai bekas memelihara ikan dan bukan bertujuan untuk penyimpanan makanan.

“Akuarium kebiasaannya diperbuat daripada bahan kaca atau acrylic atau plasti dan berkemungkinan mengandungi bahan kimia seperti plumbum atau phithalates.

“Bahan itu boleh larut dalam air seterusnya mencemarkan air tersebut, sekaligus boleh mengakibatkan kesan kepada kesihatan,” tulis kenyataan KKM tersebut.

Dalam pada itu, KKM juga berkata bahawa mereka melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) akan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas penjualan makanan.

Ia termasuk dalam penjualan minuman yang menggunakan bekas bukan untuk tujuan makanan.

Selain itu, KKM juga menegaskan kepada penjual dan pengguna untuk peka dan memandang serius berkenaan keselamatan makanan.

“Pihak KKM ingin menegaskan kepada penjual dan pengguna untuk memandang serius tentang keselamatan makanan serta memastikan makanan yang dijual adalah selamata dan berkualiti untuk semua,” tulis kenyataan itu memberi amaran.

KKM sempat menasihati orang ramai untuk membuat pembelian di premis yang diyakini bersih

KKM juga menerusi kenyataan itu lagi menasihati orang ramai agar membuat pembelian makanan di premis makanan yang bersih.

“KKM juga ingin menasihatkan orang ramai agar membeli makanan di premis makanan yang bersih. KKM komited untuk memastikan keselamatan dan kualiti makanan terjamin agar kesihatan pengguna sentiasa terpelihara,” nasihat KKM kepada orang ramai.

BACA: Ada Mulut Rupanya, Baru Tahu Macam Mana Cara Siput Makan

Kata KKM lagi, orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan boleh berhubung mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang terdekat untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Sumber: Facebook/Kementerian Kesihatan Malaysia

The post Penggunaan Bekas Bukan Untuk Tujuan Makanan Adalah Dilarang- KKM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*