Berbeza Dengan Yang Lain, Ni Rupanya Cara Mendiang Ratu Elizabeth II Makan Pisang

cara elizabeth makan pisang

Berbeza Dengan Yang Lain, Ni Rupanya Cara Mendiang Queen Elizabeth II Makan Pisang

Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri dalam melakukan sesuatu perkara dan ia dilakukan atas sebab adat dan etika yang dipelajari.

Sama seperti kerabat diraja, mereka juga mempunyai etika yang dipraktikkan dalam kehidupan dan bercakap tentang itu semestinya kehidupan mereka berbeza dengan rakyat biasa.

Etika adalah salah satu akhlak baik yang perlu dipelajari dan dipraktikkan susulan ia membentuk peribadi dan personaliti individu ke arah yang lebih bermanfaat selain dipandang mulia dari kaca mata masyarakat.

Kita ambil contoh terdekat, apabila memasuki ke dalam istana terdapat beberapa perkara dan etika yang perlu diikuti, bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Pernah terbayang tak bagaimana seorang ratu makan buah pisang? Secara logiknya mesti akan berfikir mereka hanya mengupas kulit dan makan seperti biasa.

Cara ratu makan pisang

Sebenarnya, mereka tidak menggunakan cara tersebut terutamanya mendiang Ratu Elizabeth II malah mempunyai cara yang tersendiri dengan menggunakan etika yang dicipta olehnya.

Mendiang Ratu Elizabeth II atau nama sebenarnya Elizabeth Alexandra Mary melalui kehidupan yang sangat luar biasa sehingga perkara yang dilihat biasa juga ditukarkan kepada luar biasa.

Dalam buku Darren McGrady Eating Royally, ada penerangan yang menggambarkan bagaimana baginda memakan pisang menggunakan pisau.

Dalam penerangan tersebut, ia mengatakan baginda akan meletakkan pisang ke atas pinggan kemudian memotong bahagian atas dan bawahnya menggunakan pisau.

Setelah itu, baginda akan makan menggunakan garpu selepas dipotong dengan kepingan yang kecil, suapan demi suapan.

Etika baginda dalam memakan pisang juga telah didemonstrasikan oleh salah seorang pakar etika, William Hansom dalam satu video.

Kredit: _official_abi/TikTok

Beliau menunjukkan kaedah yang tepat bagaimana baginda memakan pisangnya.

“Ratu tidak mengupasnya seperti monyet, sebaliknya menggunakan pisau dan garpu.

“Bahagian tepi atas dan bawah pisang dipotong dengan pisau.

Kredit: _official_abi/TikTok

“Kemudian, masukkan pisau ke dalam kulit pisang dan potongkannya kepada kepingan yang kecil. Makan secara sedikit,” jelasnya.

Meskipun ramai yang mengatakan cara baginda makan pisang kelihatan sedikit pelik namun itu bukanlah satu perkara yang luar biasa baginya.

Untuk pengetahuan, baginda juga ‘mengharamkan’ pasta dan kentang serta kerang kerana didakwa risiko menyebabkan keracunan makanan.

Baginda juga tidak menyukai makanan berkanji dan sayur yang telah diawet luar musim dan lebih suka hidangan rendah lemak seperti ayam dan ikan bakar.

Jadi, begitulah cara mendiang ratu makan pisang dan pastinya etika tersebut telah digunakan olehnya sejak dahulu lagi. Pengetahuan ini bukan baru dan luar biasa baginya, namun baginya ia hanyalah satu etika yang diamalkan.

Video boleh ditonton di sini.

Sumber: The Sun

BACA: Ratu Elizabeth II Mangkat, Ini Maksud ‘Operation London Bridge Pun Bermula’

The post Berbeza Dengan Yang Lain, Ni Rupanya Cara Mendiang Ratu Elizabeth II Makan Pisang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*