Bersatu Gantung Keahlian Ahli Parlimen Labuan Selama Enam Tahun

bersatu gantung parlimen labuan

Bersatu Gantung Keahlian Ahli Parlimen Labuan Selama Enam Tahun

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman dalam parti itu bagi tempoh enam tahun berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata perkara tersebut diputuskan hasil mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang bersidang hari ini bagi meneliti laporan pelanggaran disiplin dan Perlembagaan oleh Ketua Bahagian Labuan dan Wilayah Persekutuan itu.

BACA JUGA: Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Isytihar Sokong Perdana Menteri

“Setelah diteliti dengan sehalusnya segala bukti dokumentasi, keseriusan kesalahan, implikasi serta impak kepada parti dan juga kenyataan media daripada Suhaili bertarikh 30 Okt 2023, Jawatankuasa Lembaga Disiplin mendapati beliau bersalah di bawah Fasal 22.1 (f) Perlembagaan Bersatu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Pada 30 Okt lepas, Suhaili mengumumkan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Sebelum ini, Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dalam parti itu selama empat tahun.

Sumber: BERNAMA 

The post Bersatu Gantung Keahlian Ahli Parlimen Labuan Selama Enam Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*