Bertan-Tan Ikan Ditemui Mati Terdampar Di Pantai Filipina

ikan ditemui mati terdampar

Bertan-Tan Ikan Ditemui Mati Terdampar Di Pantai Filipina

Ribuan ikan dilapor terdampar berdekatan sebuah pantai di Masiim di wilayah Sarangani, Mindanao di Filipina.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada 7 Januari lepas dan dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Diane Lawa Tagum.

Berdasarkan gambar dan video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan, dapat dilihat sebahagian ikan yang terdampar itu masih hidup dan melompat-lompat.

Penduduk tempatan juga dilihat berkumpul di kawasan pantai berkenaan, dipercayai bagi menangkap ikan-ikan tersebut.

Sementara ada penduduk menganggap kehadiran ikan itu sebagai rezeki tahun baru, namun ramai juga yang khuatir ia mungkin menjadi petanda bencana mungkin berlaku.

Dalam pada itu, The Thaiger dalam laporannya menyebut bahawa penduduk tempatan memberitahu ikan-ikan yang terdampar di situ mencapai jumlah bertan-tan.

Ribuan Ikan Ditemui Mati Secara Misteri, Bangkai Terdampar Tepi Pantai Di Jepun

Sebelum ini, ribuan bangkai ikan dilapor telah ditemui terdampar di sepanjang pantai di utara Jepun, lapor Sky News.

Bangkai-bangkai ikan yang kebanyakkan terdiri daripada spesies ikan sardin dan tenggiri itu ditemui terdampar di Hakodate, sebuah pulau utama di utara Hokkaido.

Difahamkan, bangkai-bangkai ikan itu boleh dilihat di kawasan pantai sepanjang kira-kira setengah batu itu.

Dalam pada itu, menurut penduduk tempatan, ia merupakan kali pertama kejadian seperti itu berlaku di kawasan mereka.

Sehari selepas penemuan bangkai-bangkai ikan itu, kakitangan daripada pejabat pentadbiran daerah dilihat turun dan meninjau kawasan berkenaan. Mereka juga dilapor mengutip bangkai-bangkai ikan yang ditemui di pantai tersebut.

Pihak berkuasa turut dilapor mengeluarkan amaran agar orang awam tidak mengambil dan makan bangkai-bangkai tersebut.

Sementara itu, seorang penyelidik dari Institut Penyelidikan Perikanan Hakodate, Takashi Fujioka berkata kematian ikan-ikan itu mungkin berpunca daripada faktor keletihan.

Katanya, kumpulan besar ikan itu mungkin dikejar oleh spesis ikan yang lebih besar ketika migrasi besar-besaran berlaku.

Kekurangan oksigen semasa bergerak dalam kumpulan yang besar dan padat boleh menjadi faktor ikan-ikan itu mati dan terdampar di kawasan tersebut.

Baca: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: The Thaiger, Sinar Harian,

The post Bertan-Tan Ikan Ditemui Mati Terdampar Di Pantai Filipina appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*