Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Siasat Punca Kematian Adik Zayn Rayyan

punca kematian zayn rayyan

Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Siasat Punca Kematian Adik Zayn Rayyan

Polis dilaporkan telah menubuhkan satu pasukan siasatan khas bagi menyiasat punca kematian adik Zayn Rayyan Abdul Matiin, lapor BERNAMA.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasukan berkenaan terdiri daripada pegawai dan anggota dari Jabatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Selain itu, ibu dan bapa mangsa juga akan dipanggil semula untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, polis dilapor mengklasifikasikan kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin sebagai kes bunuh selepas proses bedah siasat dilakukan di Hospital Sungai Buloh hari ini.

Menurut Datuk Hussein Omar Khan, hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan di leher dan badan mangsa berusia enam tahun itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Selepas dilaporkan hilang tengah hari semalam di Damansara Damai, Adik Zayn Rayyan telah ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya kira-kira 10 malam tadi.

Mayat kanak-kanak lelaki itu dijumpai kumpulan penduduk yang turut membantu operasi mencari mangsa.

Mangsa ditemukan terbaring di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Terdahulu, ibu Zayn Rayyan dilaporkan menyedari kehilangan anaknya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartmen itu kira-kira 12.30 tengah hari, sebelum kanak-kanak berkenaan dikatakan kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kediamannya.

BACA: Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Sumber: BERNAMA

The post Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Siasat Punca Kematian Adik Zayn Rayyan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*