Legenda Bola Sepak Jerman, Franz Beckenbauer Meninggal Dunia

Franz Beckenbauer Meninggal Dunia

Legenda Bola Sepak Jerman, Franz Beckenbauer Meninggal Dunia

Legenda bola sepak Jerman dan dunia, Franz Beckenbauer dilapor meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Pemergian mendiang disahkan oleh ahli keluarganya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan tersebut, mendiang menghembuskan nafas terakhir pada pagi Isnin, waktu tempatan.

Legenda bola sepak Jerman, Franz Beckenbauer meninggal dunia

Dalam pada itu, berita kematian mendiang ternyata mengejutkan banyak pihak termasuk kelab lamanya.

“Dunia seolah-olah gelap dan tidak lagi seperti dahulu. Kami berkabung dan berduka atas pemergian Franz Beckenbauer, Kaiser yang tiada tandingannya.

“Tanpa mendiang, Bayern Munich tidak akan mencapai segala kegemilangan yang kami miliki sekarang.

“Berehatlat dengan tenang, Kaiser,” kata Bayern Munich.

Hierarki tertinggi Bayern Munich juga mengeluarkan kenyataan berasingan yang ditujukan kepada mendiang.

“Tiada perkataan yang boleh menggambarkan kesedihan kami serta kekosongan yang ditinggalkan oleh Franz Backenbauer.

“Sebagai seorang pemain, beliau menunjukkan nilai keanggunan dan keajaiban pemain di atas padang. Franz Beckenbauer membawa glamor dalam sukan ini.

“Walaupun selepas bersara, mendiang meninggalkan kesan yang tidak boleh dipadamkan oleh Bayern FC dan bola sepak.

“Legasinya hebatnya tidak mampu diukur dengan mana-mana gelaran sekali pun. Keluarga FC Bayern sentiasa berterima kasih kepadanya.

“Saya secara peribadi berduka atas kehilangan seorang kawan,” kata Presiden kelab itu, Herbert Heiner.

Pencapaian Franz Beckenbauer bersama Jerman dan Bayern

Pemain yang dikenali sebagai Der Kaiser itu memiliki 103 caps bersama Jerman Barat.  Ketika zaman kegemilangannya, mendiang mengetuai negara itu menjulang trofi Piala Dunia pada 1974.

Di peringkat kelab pula, banyak kejayaan dicatatkan bersama Bayern Munich sepanjang beliau bersama kelab itu dari tahun 1964 hingga 1977.

Bersama Bayern, mendiang antaranya berjaya merangkul trofi liga tiga kali berturut-turut bermula musim 1972 hingga musim 1974.

Selain itu, mendiang juga telah memenangi tiga Piala Eropah berturut-turut antara tahun 1974 hingga 1976.

Mendiang seterusnya kembali dalam arena bola sepak sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Jerman dan sekali lagi muncul sebagai Juara Dunia pada 1990.

Sumber: Euro Sport

BACA JUGA: Tunai Janji, Sadio Mane Ubah Padang Berlecak Jadi Stadium

The post Legenda Bola Sepak Jerman, Franz Beckenbauer Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*