“Bini Aku Terberanak Dalam Kereta Wei,” Lelaki Jadi Bidan Terjun, Sambut Anak Dalam Triton

terberanak dalam kereta triton

“Bini Aku Terberanak Dalam Kereta Wei,” Lelaki Jadi Bidan Terjun, Sambut Anak Dalam Triton

Kita kadang terdengar kisah ibu-ibu bersalin di kawasan-kawasan selain daripada premis kesihatan atas-atas faktor-faktor tertentu.

Kisah-kisah ini biasanya berlaku di luar negara dan kedengaran agak dangkal dalam konteks masyarakat Malaysia.

Namun begitu, seorang penjawat awam ini tidak menjangka bahawa dirinya bakal menyambut sendiri kelahiran anak keempatnya dalam kenderaan yang dinaikinya pada Isnin lalu.

Oleh sebab bayinya lahir di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda Triton, bayi tersebut mendapat nama gelaran ‘Mat Triton’.

Memetik Sinar Harian, Mohd Safiq Jamaluddin (36) sedang dalam perjalanan ke Hospital Rembau untuk menghantar isterinya, Nor Anis Mohd Arif, 37, kira-kira jam 9.45 malam ketika insiden tersebut berlaku.

Difahamkan, isteri kepada penjawat awam itu telah mengadu sakit perut sejak pagi hari raya ketiga, iaitu pada 24 April lepas.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan enggan ke hospital kerana menganggap sakit yang dialaminya hanya sakit-sakit biasa sahaja.

Lebih-lebih lagi, isteri Mohd Safiq dijangka bakal melahirkan dalam masa dua minggu lagi dan dia merasakan kesakitan yang dialaminya bukan disebabkan tanda-tanda mahu bersalin.

“Lagi pun isteri dijangka bersalin 8 Mei. Jadi, dia tak rasa yang sakit itu disebabkan mahu bersalin.

“Tapi disebabkan dia alami sakit berterusan sehingga malam, saya ajak dia ke hospital yang jaraknya kira-kira lapan kilometer dari rumah kami di Kampung Batu,”

BACA: Cuaca Panas, Orang Ramai Dinasihat Hadkan Aktiviti Luar

Terberanak dalam kereta triton

Ketika ditemubual Sinar Harian, Mohd Safiq mengatakan perjalanannya ke hospital dirasakan agak jauh disebabkan keadaan jalan yang agak sesak berikutan musim raya.

“Keadaan menjadi lebih panik apabila isteri memaklumkan bayi sudah keluar.

“Ketika dalam perjalanan kira-kira jam 10 malam, saya terdengar air ketuban keluar.

“Saya minta dia bertahan sehingga sampai ke hospital tetapi isteri beritahu bayi sudah keluar. Saya meraba di bawah kain isteri dan terasa seperti kepala bayi,” jelasnya.

Disebabkan terlalu bimbang akan keselamatan isteri dan anaknya, Mohd Safiq nekad masuk ke laluan bertentangan sambil meminta kenderaan lain memberi laluan.

“Sebaik tiba, pengawal keselamatan bertanya apa yang berlaku dan mereka mula berhubung dengan ‘walkie-talkie‘ sebelum kakitangan hospital lain melakukan tugas mereka untuk menyelesaikan bayi terlebih dulu.

“Alhamdulillah, isteri dan anak saya selamat. Saya bersyukur Allah makbulkan hajat saya untuk sambut sendiri kelahiran anak kami walaupun ia berlaku di dalam kenderaan,”

Mohd Safiq memiliki keinginan untuk menyambut kelahiran cahaya matanya sendiri

Sementara itu, dia memang memiliki hasrat untuk menyambut kelahiran anaknya kali ini kerana tidak berkesempatan untuk melakukannya terhadap tiga anaknya sebelum ini.

“Sebelum ini saya pernah beritahu kawan mengenai hasrat saya ini, namun mereka beritahu dengan SOP (prosedur operasi standard) hospital ketika ini, agak mustahil menyambut anak sendiri.

“Tapi tak sangka dapat juga saya sambut kelahiran anak keempat ini walaupun dalam keadaan yang agak mencemaskan.

“Sebelum ini saya ada terfikir kalau anak keempat ini saya tak dapat juga sambut, nampaknya kami kena tambah anak lagi,” katanya secara berseloroh.

Lebih mencuit hati, berikutan insiden kelahirannya di dalam kenderaan pancuan empat roda Triton, ahli keluarga dan kakitangan hospital turut menggelarkan anaknya Mat Triton.

BACA: Kereta Kena Langgar, Abang Ni Rileks Je Siap Sambung Nyanyi Lagu Raya

Sumber: Sinar Harian

The post “Bini Aku Terberanak Dalam Kereta Wei,” Lelaki Jadi Bidan Terjun, Sambut Anak Dalam Triton appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*