Marcelo Dibuang Padang, Tak Sengaja Patahkan Kaki Lawan

marcelo patahkan kaki

Marcelo Dibuang Padang, Tak Sengaja Patahkan Kaki Lawan

Pemain pertahanan Argentinos Junior, Luciano Sanchez patah kaki selepas dipijak secara tidak sengaja oleh pemain bek kiri veteran Fluminense iaitu Marcelo, lapor ESPN.

Kejadian itu dilaporkan berlaku semasa perlawanan Copa Libertadores di Buenos Aires pada semalam.

Sanchez, 29, mengalami kecederaan serius selepas Marcelo secara tidak sengaja memijak kakinya ketika bertembung dengannya.

Marcelo dibuang padang sambil Luciano menjerit kesakitan

Bekas pemain Real Madrid itu kemudiannya dibuang padang sambil menangis ketika pemain Argentina itu menjerit kesakitan di atas padang.

Insiden itu berlaku pada minit ke-56 perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 dalam masa penuh perlawanan.

BACA: Wanita Dilapor Terselamat, Sejam Bertarung Nyawa Diterkam Buaya

Selepas tamat perlawanan, Marcelo telah memuat naik hantaran di media sosial: β€œHari ini, saya mengalami detik yang sukar di atas padang. Saya secara tidak sengaja telah mencederakan rakan saya.

β€œSaya mendoakan pemulihan yang terbaik buat anda Luciano Sanchez. Saya mendoakan anda untuk kuat!”

Dalam pada itu, semasa perlawanan tersebut, Gabriel Avalos telah membuka jaringan dengan sepakan voli tuan rumah pada minit ke-14 perlawanan pertama.

Argentino kemudiannya menyaksikan penjaga golnya, Alexis Martin Arias dibuang padang pada minit ke-76. Dia digantikan oleh pemain gantian Luciano Heredia sehingga tamat perlawanan.

Fluminense mengambil kesempatan tersebut dengan menyamakan kedudukan menerusi gol daripada Samuel Xavier pada minit ke-87.

Kedua-dua pasukan dijadualkan akan bertemu semula pada Selasa depan di Stadium Maracana untuk penentuan tempat ke suku akhir.

Sumber: ESPN

The post Marcelo Dibuang Padang, Tak Sengaja Patahkan Kaki Lawan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*