Paksa penumpang ‘install’ aplikasi dan bayar RM2, sekali pemandu bas cakap tak perlu tukar tiket

Zaman sekarang segalanya di hujung jari, jadi pembeli tiket bas juga dibuat secara atas talian kerana lebih senang.

Tidak perlu bazirkan masa memandu ke kaunter lagi namun ada sesetengah stesen bas yang memaksa untuk menukar tiket atas talian kepada kertas.

Di stesen bas Sungai Nibong, seorang penumpang dimaki selepas dipaksa muat turun aplikasi Easybook walaupun beli tiket dengan aplikasi lain.

Seorang pengguna Twitter, @alexlangkasuka memuat naik dua video pergaduhan yang tercetus antara staf dan penumpang.

“Semalam Terminal Bas Sungai Nibong, pasukan Easybook memaksa penumpang yang beli tiket dengan RedBus perlu muat turun dan daftae aplikasi, bayar RM2.

“Akhirnya bila kawan semak dengan pemandu rupanya tak perlu tiket pun boleh naik bas,” katanya.

Pada masa sama dia mengharapkan Menteri Pengangkutan, Anthony Siew Loke untuk tidak hanya mengawasi Terminal Bersepadu Selatan TBS.

Baca juga: Tak faham isu tapi masih nak bahas, warganet berang Azman Ibrahim samakan wanita dengan barang jualan

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*