Boleh Dijadikan Baja Kompos, Abang Ni Tunjuk “Step” Buat Tempat Buang Sisa Dapur

"step" buat tempat buang sisa dapur

Boleh Dijadikan Baja Kompos, Abang Ni Tunjuk “Step” Buat Tempat Buang Sisa Dapur

Setiap kali selepas makan, kebiasaannya kita akan membuang sisa makanan dan bahan buangan dapur atau dipanggil kitchen waste ke dalam tong sampah.

Perkara ini kadangkala boleh menimbulkan bau yang kurang enak di dalam rumah lebih-lebih lagi ia dilonggokkan dalam tempoh yang agak lama.

Tahukah anda, sebenarnya sisa-sisa ini boleh dijadikan sebagai baja kompos untuk tanaman di rumah anda. Bukan sekadar menyuburkan tanaman di sekitar rumah, ia juga boleh menjaga kualiti udara dan mengelakkan daripada diselongkar oleh haiwan.

Sehubungan itu, hari ini SK akan membawakan anda satu tips berguna iaitu cara buat tempat buang sisa makanan untuk dijadikan baja kompos di rumah.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian @ Tarique Syahman di bawah ini.

Tips Buat Lubang Buang Sisa Dapur

Gambar: TikTok @Tarique Syahman

Alatan

Antara alatan yang diperlukan untuk membuat tempat buangan tersebut termasuklah pinggan stainless steel, bekas tong sampah dan penggali.

Cara-Cara

Langkah pertama, periksa pinggan stainless steel muat atau tidak dengan permukaan tong sampah.

Langkah kedua, ambil bekas tong sampah kemudian potong pada bahagian atas (ketinggian ikut kedalaman lubang yang dimahukan) dengan mengunakan pisau atau pemotong.

Gambar: TikTok @Tarique Syahman

BACA JUGA: Tak Perlu Rendam & Sental, Cara Mudah Basuh Kain Lap, Kotoran Semua Hilang & Wangi Kembali

Langkah ketiga, cari lokasi yang sesuai untuk membuat lubang membuang waste kitchen. Gali lubang dengan menggunakan penggali atau cangkul. Pastikan lubang yang digali mengikut bentuk bekas tong sampah.

Langkah keempat, simpan permukaan rumput dan tanah di dalam pinggan untuk dijadikan penutup. Manakala lebihan tanah boleh disimpan untuk kegunaan lain.

Gambar: TikTok @Tarique Syahman

Kelima, setelah meletakkan keratan tong sampah pada tanah, anda boleh cuba letakkan pinggan stainless steel  yang diisi dengan tanah sebagai penutup. Dah siap!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, tonton video ini di bawah.

@tarique.syahman

Ini cara saya buat tempat ‘simpan’ kitchen waste untuk jadi kompos. #gengkebun #homegardening #caratanam #tanamsendiri #kebundepanrumah #gardeningtiktok #gardening #composting #compost #kitchenwaste

♬ Chill out lofi hip hop(912904) – osuga satoshi

Dalam video sebelum ini, tarique menunjukkan sisa-sisa dapur yang di buang ke dalam satu lubang buatannya.

Jelasnya, sisa-sisa itu di buang ke dalam tanah sebagai baja untuk tanaman sehingga ia mereput. Dalam masa yang sama ia boleh mengelakkan daripada diselongkar oleh haiwan-haiwan lain.

“Sebab dekat rumah saya ada banyak monyet kalau kita longgokkan macam biasa nanti monyet datang makan,” katanya.

@tarique.syahman

Ni cara saya ‘simpan’ kitchen waste. Biar dia mereput dalam tanah so takda bau busuk. #gengkebun #homegardening #tanamsendiri #gardeningtiktok #gardening #tipstanam #kitchenwaste #compost #composting

♬ Chill out lofi hip hop(912904) – osuga satoshi

Sumber: TikTok @Tarique Syahman (1), (2)

The post Boleh Dijadikan Baja Kompos, Abang Ni Tunjuk “Step” Buat Tempat Buang Sisa Dapur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*