Lebih 100 Terkorban Gempa Bumi Linxia, China

gempa bumi linxia

Lebih 100 Terkorban Gempa Bumi Linxia, China

Insiden gempa bumi Linxia di barat laut China yang berukuran 5.9 magnitud dijangka telah mengorbankan lebih daripada 100 mangsa pada lewat Isnin semalam.

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya 111 terbunuh manakala lebih daripada 200 mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ekoran gempa bumi tersebut.

Merujuk laporan Xinhua, difahamkan gempa bumi berkenaan melanda wilayah Gansu pada malam Isnin hingga menyebabkan pasukan penyelamat dikerah ke lokasi kejadian.

Hal ini termasuk, para pegawai daripada beberapa agensi yang berkaitan seperti bahagian pengurusan kecemasan awam dan bomba.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebelum ini memaklumkan insiden gempa bumi yang berukuran 5.9 magnitud di kawasan itu telah menyebabkan gegaran teruk.

Perkara ini berkemungkinan  telah memberikan kesan kerosakan yang besar terhadap infrastruktur serta menjejaskan ekonomi tempatan.

Sungguhpun begitu, kerajaan China pula memaklumkan bahawa gegaran tersebut memiliki bacaan yang lebih tinggi iaitu, 6.2 magnitud.

Tambah USGS, pusat gempa bumi berkenaan terletak kira-kira 37 kilometer (km) dari barat laut Linxia Chengguanzhen pada kedalaman kira-kira 10 kilometer (km).

Manakala, ibu kota wilayah Lanzhau pula terletak kira-kira 97 kilometer daripada episenter gempa bumi terbabit.

10 cedera dalam gempa bumi di Shandong China

BACA: Pelik, Kenapa Corak Kerusi Dalam Bas Aneh-aneh? Ini Jawapannya

Terdahulu, insiden gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter yang melanda daerah Pingyuan, Bandar Dezhou, Wilayah Shandong, timur China pada Ogos lalu.

Menurut Bernama, insiden tersebut telah mengakibatkan kecederaan terhadap 10 orang mangsa pada jam 2.33 pagi (Waktu Beijing).

Manakala, biro tindak balas kecemasan wilayah memaklumkan kira-kira 74 bangunan runtuh, manakala pengangkutan, komunikasi dan bekalan kuasa tidak terjejas.

Sementara itu, tiada sebarang kebocoran yang ditemui di saluran paip minyak dan gas, lapor media tempatan tempatan Xinhua.

Ibu pejabat bantuan gempa bumi Majlis Negara China dan Kementerian Pengurusan Kecemasan telah mengaktifkan respons kecemasan Tahap-IV selepas gempa bumi melanda.

BACA: Ayah Menangis Balik Kerja Anak Sambut Dengan Senyuman, Tak Kisah Kerja 55 Jam Seminggu

Kredit: CNN dan Bernama

 

The post Lebih 100 Terkorban Gempa Bumi Linxia, China appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*