Bonus Penjawat Awam Sarawak Hanya Pada Hujung Tahun – Abang Jo

bonus penjawat awam sarawak

Bonus Penjawat Awam Sarawak Hanya Pada Hujung Tahun – Abang Jo

GEDONG (Sarawak), 12 April (Bernama) — Kerajaan Sarawak hanya akan memberikan bantuan kewangan atau bonus kepada penjawat awam negeri itu pada hujung tahun, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya bantuan kewangan itu tidak diberikan mengikut perayaan tertentu termasuk semasa Aidilfitri yang akan tiba.

“Sarawak merupakan negeri yang meraikan banyak perayaan seperti Tahun Baru Cina, Gawai dan Aidilfitri, jadi kita perlu adil kepada semua perayaan.

“Oleh itu, pada hujung tahun nanti baru kita beri (bantuan kewangan atau bonus) supaya dapat bantu ibu bapa berbelanja bagi keperluan pembukaan sekolah anak-anak mereka. Sekolah lebih penting, sebab itu saya beri bonus pada hujung tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian cek pampasan bagi projek ‘Masterplan For Mini Isthmus Gedong’ di sini hari ini.

Pada 1 Dis lepas, ketika menggulung perbahasan Bajet 2023 Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri itu, Abang Johari mengumumkan bayaran insentif khas satu setengah bulan gaji pokok atau minimum RM2,000 kepada penjawat awam negeri itu.

Beliau turut mengumumkan bayaran insentif khas sebanyak RM500 untuk kira-kira 137,000 penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak dan kesemua bayaran berkenaan telah dibuat sebelum penghujung tahun lepas.

Penjawat awam Sabah terima RM700 bonus aidilfitri, pesara RM350

Kredit: BERNAMA

Semalam, media melaporkan lebih 20,000 penjawat awam Sabah akan menerima bonus Aidilfitri dan Pesta Kaamatan sebanyak RM700 yang akan dibayar pada 17 April ini, umum Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri majlis berbuka puasa Ketua Menteri Sabah bersama mahasiswa dan mahasiswi institusi pengajian tinggi di Semenanjung di sini malam ini, beliau berkata sebanyak RM350 pula akan disalurkan kepada pesara kerajaan untuk tujuan sama.

“Kerajaan negeri (Sabah) seperti juga Kerajaan Persekutuan, sempena menyambut Aidilfitri dan Pesta Kaamatan, kita akan memberi bonus atau bantuan kepada penjawat awam negeri Sabah sebanyak RM700 manakala pesara RM350 yang akan dibayar minggu depan. Saya ingat 17 April ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) bersedia menerima penyertaan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang dipecat hari in.

Sumber: BERNAMA

BACA: “Petang Sikit Make-up Dah Pecah,” 5 Rutin Wajib Buat Dari Sekarang Kalau Nak Kulit Cantik Masa Raya

The post Bonus Penjawat Awam Sarawak Hanya Pada Hujung Tahun – Abang Jo appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*