Ilham Dari Universiti Thailand, Ini Teknik Tanam Pisang Terbalik Yang Wajib Dicuba

Tanam pisang terbalik

Ilham Dari Universiti Thailand, Ini Teknik Tanam Pisang Terbalik Yang Wajib Dicuba

Pisang merupakan buah-buahan tempatan dan mudah didapati di mana-mana sahaja. Buah ini kaya dengan vitamin selain mempunyai rasa yang manis dan sedikit “kelat”.

Kebiasaannnya, pisang yang masak berwarna kuning manakala yang belum mencapai usia matang berwarna hijau. Buah ini terkenal  kerana boleh dijadikan pelbagai menu makanan dan sangat digemari ramai misalnya pisang goreng dan cekodok.

Disebabkan itu, sebahagian masyarakat memilih untuk menanam pokok pisang di ladang atau halaman rumah mereka.

Walau bagaimanapun, penanaman pokok pisang memerlukan teknik dan pemilihan kawasan yang tepat. Jika tidak, pokok yang ditanam tidak dapat menghasilkan buah yang banyak ataupun tidak mampu hidup.

Hari ini, SK akan berkongsikan satu teknik penanaman pisang yang digunakan di negara Thailand, iaitu ‘Teknik Tanam Pisang Terbalik’. Tanpa membuang masa, mari kita ikuti perkongsian kata_ wancha di bawah. Semoga bermanfaat.

Teknik Tanam Pisang Terbalik

Pisang/ banana/ punti
Musa sapientum

Teknik tanam terbalik
(Thailand)

Gambar: Facebook kata_ wancha

Teknik ni diilhamkan dari salah sebuah university di Thailand. Kemudian diperkenalkan kepada petani Thailand. Ternyata teknik ni membuahkan hasil lebih baik dari penanaman secara tradisional.

Perkembangan ilmu yang saling tak tumpah seperti viralnya tanaman hiasan masa kini menyebabkan ramai orang tertarik dengan keberhasilan kaedah penanaman yang luar kebiasaan ini.

BACA JUGA: Mudah Je, Abang Ni Ajar Cara Nak Tanam Pokok Pisang Dalam Pasu

Sedia maklum, pisang adalah tanaman yang pelbagai guna apatah lagi pisang adalah tanaman tropika yang mudah tumbuh dan membesar. Saya juga teruja apabila pertama kali menjumpai ilmu ini dan mencubanya sekitar 5 tahun lalu. Bukan untuk berniaga, cukup untuk makan sendiri. Awalnya ragu akhirnya seru.

Kaedah ini sangat mudah, tidak perlu meraih ijazah di gedung2 pendidikan. Cukup perasaan ingin tahu dan mencuba..

Bonggol pisang yang ditanam mengarah ke atas memberikan manfaat terhadap pertumbuhan fizikal sama ada saiz pokok, masa pembuahan dan ketahanan dari rebah

Cara dan kaedah

Gambar: Facebook kata_ wancha

Cara pertama, sediakan bonggol pisang dan sisakan sekaki batang pisang.
Cara kedua, bersihkan akar dan tanah.
Cara ketiga, gali lubang sehingga boleh memuatkan seluruh bonggol pisang yang akan ditanam.
Cara keempat, tabur baja asas. 
Cara kelima adalah masukkan bonggol dan kambus.
Cara keenam, tabur baja asal dan siram.
Cara ketujuh, letakkan sungkupan rumput atau kulit batang pisang. 

Gambar: Facebook kata_ wancha
Gambar: Facebook kata_ wancha

Bersabarlah dan tunggu 1 bulan. Siramlah setiap hari sekali atau mengharapkan hujan saja

Tanam pisang terbalik
Gambar: Facebook kata_ wancha
Tanam pisang terbalik
Gambar: Facebook kata_ wancha

Kelebihannya
Yang pertama, anak pokok akan gemuk.
Yang kedua, anak pokok tumbuh banyak.
Yang ketiga, nutrien mudah serap sebab akar di bahagian atas.
Yang keempat, berbuah dan banyak sisir.
Yang kelima, pokok rendah.
Yang keenam, tidak mudah rebah.

Cukuplah dahulu, mulalah menanam. Mudah-mudahan anda dapat berbangga dengan hasil tanam anda nanti.

Sumber: Facebook kata_ wancha

The post Ilham Dari Universiti Thailand, Ini Teknik Tanam Pisang Terbalik Yang Wajib Dicuba appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*