Buat komen berbaur perkauman masa konsert AR Rahman, pemain hoki wanita digantung

Sebelum ini tular mengenai pemain hoki wanita negara Hanis Nadiah Onn yang mengeluarkan komen berbaur perkauman di sosial media.

Tidak memandang ringan isu ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan akan menggantung pemain tersebut.

Keputusan itu dibuat hasil mesyuarat antara Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), 7 Februari lalu.

Jawatankuasa Siasatan melihat komen Hanis sebagai berbaur perkauman dan memang ditujukan kepada konsert dihadiri majoriti kaum India.

Sehubungan dengan itu, jawatankuasa mendapati Hanis bersalah sebagai individu yang secara terbuka membuat komen di media sosial.

Disebabkan itu Hanis juga tidak akan mewakili pasukan hoki kebangsaan termasuk Sukan SEA Kemboja 2023.

“Jawatankuasa Siasatan memutuskan untuk KHM tidak mempertimbangkan Hanis dari mewakili pasukan hoki kebangsaan.

“Ini termasuk ke mana-mana tugasan antarabangsa dan temasya Sukan SEA Kemboja 2023,” kata kenyataan itu.

Hanis sebelum ini mengakui memuat naik ciapan komen ‘bau best la kat dalam tu’ berserta emoji tertawa sehingga mengeluarkan air mata kepada gambar.

Waalaupun komen sudah dipadamkan ia tetap dipandang serius kerana isu tersebut boleh menimbulkan masalah perkauman dalam negara berbilang kaum ini.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*