Dato’ Azizulhasni Mara Ke Suku Akhir Keirin Kejohanan Berbasikal Dunia

azizulhasni awang pusingan pertama keirin

Dato’ Azizulhasni Mara Ke Suku Akhir Keirin Kejohanan Berbasikal Dunia

Pelumba basikal negara, Dato’ Azizulhasni Awang berjaya memenangi Pusingan Pertama acara Keirin dalam Kejohanan Berbasikal Dunia UCI 2023 sebentar tadi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh beliau sendiri melalui satu hantaran berserta video di laman Facebooknya hari ini.

Melalui hantara tersebut, Dato’ Azizul yang mesra disapa sebagai Dato’ Jijoe menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T atas kejayaan tersebut.

“Alhamdulillah. Tabarakallah, saya memenangi pusingan pertama bagi acara Keirin dan akan berentap pada peringkat seterusnya,”

Kejayaan ini seterusnya telah melayakan beliau untuk mara ke peringkat seterusnya iaitu, peringkat Suku Akhir.

Pada akhir kenyataan, Dato’ Jijoe meminta orang ramai untuk mendoakan kejayaannya pada peringkat seterusnya,

“Tolong doakan saya bagi menempuhi peringkat yang seterusnya,”

Berita lanjut bakal menyusul

BACA: Betul Ke PRN Boleh Tukar Kerajaan Persekutuan? Ini Beza Antara PRU Dengan PRN

Sumber: Azizulhasni Awang via Facebook

The post Dato’ Azizulhasni Mara Ke Suku Akhir Keirin Kejohanan Berbasikal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*