“Siapa Cakap Time Puasa Tak Boleh Exercise?” – Tengku Zafrul

puasa tengku zafrul

“Siapa Cakap Time Puasa Tak Boleh Exercise?” – Tengku Zafrul

Bulan Ramadan merupakan bulan mulia yang mengajar umat Islam mengenai kesyukuran selain menguji kekuatan iman.

Walaupun dalam bulan tersebut, masyarakat Islam tidak boleh makan dan minum, namun ia penghalang seseorang untuk terus kekal aktif.

Segala aktiviti yang lasak yang dilakukan sebelum puasa juga boleh dilakukan dalam bulan ini malah ia memberi hasil yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Seperti bersenam yang pada asasnya memerlukan individu untuk minum air supaya kekal bertenaga tetapi buat yang tidak tahu, bulan puasa juga boleh bersenam malah kelebihannya lebih baik daripada bulan yang lain.

BACA: Nak Diet Ketika Puasa? Ini Empat Menu Sihat Anda Boleh Cuba

Tengku Zafrul kongsi kebaikan bersenam ketika Ramadan

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meminta tips bersenam ketika bulan puasa kepada orang ramai.

Dalam satu ciapan di Twitter, Tengku Zafrul memberitahu tentang kebaikan bersenam ketika berpuasa di bulan Ramadan.

“Sebenarnya, berlari just before buka puasa ni bagus. Lari time perut kosong boleh bakar lebih banyak lemak.

“Tapi sebab lepas tu terus buka puasa, badan kita tak dehydrated,” tulisnya di ciapan itu.

Kredit: Tengku Zafrul/Twitter
Kredit: Tengku Zafrul/Twitter

Beliau turut mengepilkan gambar yang diambil ketika berlari berdekatan di taman perumahan serta di tepi lebuh raya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta petua bersenam daripada orang ramai ketika melakukan ibadah puasa pada bulan mulia ini.

Menjengah di ruangan komen, warga maya dilihat aktif memberi petua yang diamalkan ketika menjelang Ramadan.

Senaman di bulan Ramadan pastinya berlainan dengan bulan-bulan yang lain susulan di bulan ini umat Islam dilarang untuk makan dan minum sehingga masuk waktu maghrib.

Oleh hal yang demikian, senaman yang dibuat haruslah ringan dan tidak membuatkan individu berasa dahaga selepas melakukannya.

Petua orang ramai

Kredit: BERNAMA

Orang awam turut menyatakan bersenam di bulan ini adalah lebih baik kerana ia membantu proses penurunan berat badan dengan cepat selain menaikkan metabolisme badan.

“Bersenam waktu puasa lebih bagus YB (YB), lebih cepat turun berat badan dan dalam masa yang sama lebih cergas sebenarnya.

“Amalan ini saya lakukan sejak sebelum MCO (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Tak dapat berlari di luar sekalipun cukup berlari di atas treadmill di rumah kalau hujan atau cuaca terlalu panas,” kata Lina Mohammed.

“Senaman terbaik bulan puasa digalakkan senaman ringan je seperti berjalan 30 minit atau kurang daripada 1 jam pun sudah  memadai,” jelas Siti Ruhana.

Warga maya bernama Abang Jay turut mengiyakan kenyataan Tengku Zafrul dengan berkata dia turut melakukan larian sebelum berbuka puasa.

” Sebelum berbuka brisk walk 2 hinga 3 kilometer lebih kurang,” ujarnya.

Kredit: Twitter

Warga maya bernama Rosland sempat menyelit lawak di komen tersebut dengan menyatakan sekiranya bersenam pastikan laluan itu melalui bazar.

Jawab Tengku Zafrul, “Tu nanti dah tukar exercise. Dari kardio tukar jadi weight lifting, angkat makanan,” katanya.

Sumber: @tzafrul_aziz/Twitter

BACA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

The post “Siapa Cakap Time Puasa Tak Boleh Exercise?” – Tengku Zafrul appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*