Remaja Parah Ditembak Ketika Bermain ‘Sembunyi-sembunyi’

budak parah ditembak

Remaja Parah Ditembak Ketika Bermain ‘Sembunyi-sembunyi’

Seorang remaja berusia 14 tahun mengalami kecederaan parah selepas ditembak di belakang kepala ketika bermain di kawasan sekitar kediamannya di bandar Louisiana.

Menurut laporan BBC, seorang lelaki telah ditahan pihak berkuasa selepas disyaki menjadi suspek kes tembakan tersebut.

Suspek yang berusia 58 tahun mendakwa dia melepaskan tembakan selepas melihat bayang misteri melintasi kawasan luar rumahnya.

Pihak polis dalam satu kenyataan berkata, ketika kejadian mangsa bersama rakan-rakannya bermain permainan sembunyi di kawasan tersebut. Manakala mangsa bertindak bersembunyi di kawasan berdekatan rumah suspek.

Selepas menyedari kehadiran kelibat mencurigakan di kawasan kediamannya, suspek kemudian mencapai senjata api dan keluar memeriksa kawasan luar rumahnya.

Remaja parah ditembak di kepala ketika bermaian permainan sembunyi-sembunyi

Ketika itu, suspek melihat kelibat orang melarikan diri daripada rumahnya lalu melepaskan tembakan ke arah kelibat tersebut. Suspek mendakwa tidak mengetahui kelibat tersebut merupakan remaja yang sedang bermain di kawasan kediamannya.

Suspek kini berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut sebelum pendakwaan dikenakan kepadanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan beberapa siri kejadian tembakan yang menyaksikan kumpulan remaja menjadi mangsa.

Deretan kes tembak melibatkan remaja menjadi mangsa

Di Texas, remaja berusia 18 tahun mengalami kecederaan parah ditembak selepas mangsa tersilap memasuki kenderaan yang salah yang dipakir di tempat letak kenderaan.

Manakala di New York pula, seorang remaja berusia 20 tahun maut selepas ditembak ketika kenderaan yang dipandu rakannya memasuki lorong yang salah.

Kes seterusnya dilapor berlaku di Missouri apabila seorang remaja berusia 16 tahun maut selepas ditembak seorang lelaki. Ketika kejadian, mangsa dilapor tersilap menekan loceng rumah yang disangka rumah rakan adiknya. Mangsa sebelum itu dilapor mahu menjemput adiknya pulang, namun dia tersilap lorong perumahan dan menekan loceng rumah suspek.

Seorang bapa dan remaja berusia 18 tahun turut menemui ajal apabila ditembak seorang individu ketika bermain bola keranjang. Suspek bertindak demikian selepas dilapor tidak berpuas hati bola keranjang memasuki kawasan halaman rumahnya.

BACA: Raih Pingat Emas, Kejayaan Shereen Tamatkan Penantian Selama 24 Tahun

Sumber: BBC

The post Remaja Parah Ditembak Ketika Bermain ‘Sembunyi-sembunyi’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*