Budak Lelaki 11 Tahun Tular Pandu Kereta Ditahan

lelaki 11 tahun pandu kereta

Budak Lelaki 11 Tahun Tular Pandu Kereta Ditahan

SHAH ALAM, 11 Jun (Bernama) — Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun memandu kereta milik bapanya di Jalan Banting-Pandamaran, Klang Jumaat lepas, mengundang padah apabila ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihak polis turut menahan bapa kanak-kanak terbabit berumur 49 tahun di sebuah rumah di Pandamaran dekat sini pada pukul 1.15 tengah hari tadi.

Beliau berkata pihaknya menerusi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima satu klip video yang ditularkan menerusi media sosial berdurasi 1.21 minit.

“Klip berkenaan memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna ‘silver’ yang dipercayai berlaku pada Jumaat lepas kira-kira pukul 6 petang.

“Bertindak atas maklumat, pihak IPD Klang Selatan membuat serbuan di sebuah rumah di Pandamaran hari ini. Polis menahan pemilik kenderaan dan seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai pemandu kereta dalam video yang ditularkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua individu serta kenderaan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik, IPD Klang Selatan untuk siasatan lanjut.

Cha berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu di bawah umur dan Seksyen 111 APJ 1987 iaitu bersubahat atau membenarkan melakukan kesalahan.

“Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa maksud melakukan perbuatan pengabaian atau mendedahkan kanak-kanak secara cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mengalami kecederaan fizikal atau emosi,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak leka dan sentiasa mengawasi gerak-geri anak masing-masing supaya tidak melakukan tindakan yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri atau harta benda orang lain.

Sumber: BERNAMA

BACA: Empat Kanak-kanak Termasuk Bayi Ditemui Hidup, 40 Hari Selepas Kapal Dinaiki Terhempas

The post Budak Lelaki 11 Tahun Tular Pandu Kereta Ditahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*