Budak Maut, Dipercayai Jatuh Bangunan Selepas Balik Dari Mengaji

Budak Maut, Dipercayai Jatuh Bangunan Selepas Balik Dari Mengaji

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dilapor maut dipercayai terjatuh daripada tingkat atas sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Setapak, Kuala Lumpur, Selasa malam.

Menurut Sinah Harian, kejadian tersebut disedari oleh penghuni di kawasan itu kira-kira jam 7 malam.

Kanak-kanak warga Somalia itu dikatakan baru sahaja selesai menghadiri kelas mengaji di Blok A kondominium tersebut. Namun begitu, ibu mangsa dilapor cemas apabila tidak menemui mangsa ketika mahu mengambilnya pulang.

Mangsa dan ibunya, warga Somalia dipercayai pemegang kad pelarian UNHCR PBB sejak 2017.

Polis juga turut menemui sebuah beg sandang yang mengandungi Al-Quran di berhampiran tangga tingkat 4 di Blok B, lapor Sinar Harian lagi.

Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan media berhubung insiden tersebut dalam masa terdekat.

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani

 

The post Budak Maut, Dipercayai Jatuh Bangunan Selepas Balik Dari Mengaji appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*